Sabtu, 23 Julai 2011

Tertarik

kenangan MPI 2011




Alhamdulillah, syukur.
Semangat nak belajar dah datang balik. harap kekal hingga akhir hayat. Entah kenapa sebelum ni rasa sangat2 down. Jatuh macam jatuh tangga . depression akibat SPM yang entah apa-apa ?..laju berlari makin laju dia kejar...err cuak macam kes hidup mati kan? padahal SIJIL je pun.

Lepas seminar demi seminar, motivasi demi motivasi, serta ditambah dengan katibah yg dianjurkan pihak sekolah, rasa "down" tu dah mula sikit-sikit berambus dari hidup..haha.. suka2..(^^,) Tidak lupa juga kepada ibu tercinta kerana tidak jemu dan sentiasa tegar memberi kata-kata hikmat,sakti, pahlawan dan sebagainya untuk saya hamba yang HINA ini. Awak adalah inspirasi saya.

Nak cakap mengenai ILMU, tak mampu rasanya. terlampau luas kan?

"Aku tidak berikan ilmu kepada kamu kecuali sedikit sahaja".
(Surah al-Israk ayat 85)

Ilmu tidak boleh dinilai dari tampak kulitnya sahaja,tetapi perlulah dinilai dengan isi dalamnya.Disebalik kitab yang tampak lusuh dan buruk tetapi banyak manfaat ilmu yang tersorok didalamnya.insyaALLAH akan disingkapkan segala nikmat menuntut ilmu ALLAH pada kita semua.Jadikan yang luas itu ilmu,yang tajam itu akal,yang ringan itu solat,yang lembut itu hati,yang manis itu senyuman,dan yang cantik molek itu akhlak.

Saya sangat tertarik untuk menimba ILMU di bumi para anbiya'. SANGAT-SANGAT. dan JORDAN adalah pilihan hati. Tanah-tanah di situ menjadi saksi perjuangan golongan awal pembawa amanah ALLAH untuk menyebarkan deen ALLAH sejak zaman berzaman. Jordan juga pada hakikatnya termasuk di dalam tanah Syam yang diberkati.

"ilmu ALLAH itu luas umpama laut.Ada yang akan menceduknya dengan segelas air sahaja,ada yang akan menceduknya dengan cerek dan ada yang akan menceduk sebanyak mungkin sehingga satu tangki.Jika laut itu dibiar begitu sahaja maka tinggallah laut sebagai laut.Yang mana tiada siapa mengambil manfaat darinya."
:: syeikh Fatah Al-Kholidiy ::

Bukan tidak berminat dengan pengajian yang ada di Malaysia ini, tapi disebabkan oleh nawaitu yang membuak-buak nak mendalami ilmu fi sabilillah dalam mencari Redha ALLAH . Nak sangat belajar terus dari para ulama' di sana.

Daripada Ziyad bin al Harith berkata:Bersabda Rasulullah SAW:"Barangsiapa mencari ilmu maka ALLAH SWT akan menjamin untuk mencukupkan rezekinya."
(Hadith riwayat al Khotib)

Dan saya tahu, untuk merealisasikan cita-cita ini ... saya perlu ada USAHA. Usaha untuk belajar sungguh-sungguh masa SPM ini, sebab itu adalah kayu ukur untuk menentukan bahawa diri ini benar-benar layak ataupun tidak untuk berada dibumi jordan tersebut satu hari nanti.


Imam Ahmad bin Hanbal pernah mengatakan,
"manusia itu berkehendak kepada ilmu seperti mana ia berkehendak kepada roti dan juga air".

Bayangkan lah jika tanpa air seharian bagaimana keadaan rupa kita.Tercari-cari kita kerana kita amat memerlukannya.Nah!begitu jugalah ilmu pada diri kita.Bila tak ada setitis air yang boleh diminum untuk melepaskan penat dan dahaga,air paip pun jadi buat air kopi susu panas.ekekeke.

Ya Allah, berilah daku peluang untuk menimba ilmu di sana.
Murahkan rezeki ku walau dimana aku berada
Serta jadikan aku dikalangan orang-orang yang beriman dan berTAQWA.
Sesungguhnya hanya padaMu aku beserah dan memohon perlindungan.



Doakan saya sahabat.




1 ulasan:

Unknown berkata...

InsyaAllah...hafizah pasti berjaya menjejakkan kaki ke sana nanti...

jom join tadarus dengan muallimah bulan ramadan nanti...:)

http://zihnunfatin.blogspot.com/2011/07/ramadan-kareem-mari-bertadarus.html