Ahad, 24 Oktober 2010

~MENTADABBUR ALAM CIPTAAN TUHAN~

Aktiviti: REHLAH PERDANA SMAI
Lokasi: Kuala Kenau & Bukit Panorama
Tarikh:22&23 Oktober 2010






" Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal "

Surah Ali-Imran, ayat 190


Assalamualaikum,
Lame betol tak update blog rasa macam melukut gantang di tepi tebing. ade ke peribahasa camni? hahaha ngarot jew. Korang layankan je la ek :).

~ni la bukit panorama~


Sewaktu aku menaip entry ni,maksudnya kaki ku masih lagi kekejangan akibat mendaki bukit yg agak tinggi,( tinggi ke?) haha...ntah la,dalam 800 anak tangga. tapi kenapa banin2 SMAI begitu kuat staminanya sehingga berjaya mendaki bukit panorama x sampai pun 25 minit~ peeerrrhhhhhh!!! memang tabik laa. Aku ambik masa 55 minit nak daki...memang sakit hati kan bile kite tengah daki orang lain sibuk menjerit dari atas "woii,,cepatlahhh,cepatlah ckit!!!" aiiisshhh...rase cam nak baling je kayu kat tangan,(tanda emosi) haha.

~pengetua SMAI begitu bersemangat mendaki~

~mlm tarmizi ~



Tapi alhamdulillah.sampai jugak kat atas.Memang best! ( jangan jeles orang mesir,termasuk budak MRSM ngn Ehsan eyh.haha)


~ni la geng saye yg paling AWAL sampai =))~





Sebelum daki bukit panorama tu,kitorang camping dulu kat tepi sungai,bBQ,hampar tikar.baring.tengok bulan.layan budak2 f5 wat lawak (mmg pecah perut).mandi sungai pukul 4am.wow!! memang terindah lah~ hehe~

~tempat khemah bertapa~

~haha~


~ berpura-pura sopan dan baik dengan bantuan rakan terdekat agar dapat mengelirukan musuh.~


~ketua paling kerek cam cerek~


~akibat keletihan yg melampau~


~BYE!! MASA UNTUK PULANG~


SEMOGA MENJADI KENANGAN TERINDAH 2010

Jumaat, 15 Oktober 2010

Tak perlu menipu untuk mempertahankan diri,



~Bicara kata~


kehidupan adalah sebuah perjalanan.
mungkin panjang dan mungkin pendek.masing-masing ada jalan cerita sendiri.
yang baik mahupun buruk.
tapi sedarkah kita kesilapan lalu?
banyak selekoh yang kita belajar.
selamat,sederhana mahupun bahaya.
tapi sedarkah kita bahaya tak mengenal masa?
hari ini kita gembira.
esok mungkin masih lagi kita tersenyum.
tapi adakah orang lain merasai apa yang kita rasai?
mungkin ya mungkin tidak.
sebab kita belum pernah kenal erti dewasa.
senyum ketawa esok mungkin tidak.





Terlajak perahu masih boleh diundur lagi,Terlajak kata sampai 4,5,6 kali hilang percaya ok!

Rabu, 13 Oktober 2010

Rezeki kadang-kadang datang secara unpredictable.

~Teringat zaman dulu~


Hi rakan-rakan yang sedang berada dalam keadaan sihat, tak sihat, buat-buat tak sihat, tak sihat tapi tak buat-buat,tak kire lah buat rakan yang ada dalam atau luar malaysia(cewwwaaah,cam ramai je bace blog aku) dan pelbagai lagi ragam manusia yang tidak mampu digambarkan dengan perkataan tapi dengan camera atau webcam boleh. Assalamualaikum semua ! :)

bagaimanakah kehidupan anda pada hari ini? gembira.sedih.kecewa???
hoho,saya sangat suka hati!!! suke.suke. hehe sebelum tu,saya ingin menzahirkan rasa terima kasih yang amat sangat kepada para readers, linkers, commentators, & juga pembaca senyap kerana baca dalam hati tanpa melafazkan perkataan yang dibaca. silence is virtue :)

bukanlah sebenarnya saya suka sangat membuat post di blog ini,tapi rasa macam 1 semangat yang luar biasa tau bila dapat meluahkan sesuatu.haha(ayat cam koya) kalau tiada mood kat kelas mesti berharap dapat balik rumah laju-laju dan membuka email agar dapat berbalas2 comments yang anda tinggalkan! especially di FB lah.. kerana comments yang anda semua tinggalkan amatlah bermakna bagi saya. ! wahhh baiknya anda semua. walaupun tak kenal tapi saya rasa macam dah lama je kenal anda-anda semua :)
(asal terasa cam x berape nak cerdik harini)


namun saya harus menyusun jari agar dapat bermain enjit enjit semut sape sakit naik atas atau dalam erti kata lain saya harus meminta maaf kepada anda sekalian kerana saya telah banyak kelakuan jelik terutamanya kepada rakan2 kelas 4 ibnu kathir,huahaua.... ya memang menyedihkan! tapi..,xpe ,masih mencuba untuk turunkan ego yang ada pada diri ini,=))

Dewasa ini, saya sering mengalami kekangan masa kerana masa yang saya ada hanyalah sekangkang kera. lebih menerukkan keadaan, saya hanya few days away from final examination. oh stress dan tekanan hidup mula men-visiblekan diri mereka. akibatnya saya harus menenangkan diri dengan mendengar lagu exist.

anda suka Exist tak? saya sukalah. masyuk gila haha. lagu favourite saya banyak,tapi yang terbaru ialah *bertemu cintaku*. bila dengar lagu ni macam makan ganja pulak, pasti saya akan khayal sambil bernyanyi sehabis baik menggunakan nasal voice ( suara hidung ). owh sangatlah best. anda kena cubalah. please please! =))

oh lupa pula. sebenarnya nak cerita mende laen tadi. dah terberangan sampai Exist pulak,
Pagi semalam,orang pejabat panggil. ok. dengan hati yang tenang lagi suci (ecece) ku langkahkan kaki ini satu persatu. sampai depan pintu. masuk.wahhh.terasa aircond~.sejuk.haha.

Baju kuning: kenapa mlmh panggil ana?

Kerani:Nah, amik ni. (sambil menghulurkan kertas kuning)

Baju kuning: kertas ape ni?

Kerani: bacelah.

Baju kuning: BIASISWA???

Kerani: iyeeeee.....

Baju kuning: Ana dapat?? (Muka still konfius)

Kerani: Bace lah,

Baju kuning: Bukan kene tarik ker? kan ana dah pindah sekolah?

Kerani: tak lah,anti pindah dalam PAHANG xperlu tarik,

Baju kuning: SUNGGUH mlmh??? (masih x percaya)

Kerani: iyee sayang~

Baju kuning: hahahahahaha.....!!!!! (rase macam nak melompat) =))



Alhamdulillah,syukur sangat2. Rezeki datang tanpa diduga. Terima Kasih Ya ALLAH~



Peringatan Untuk Diri :

"Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya." (Hadis riwayat Muslim)

"sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah." (27:40)



Wajahkan kesyukuran dengan apa yang diberi . Kita yakin , Allahu Razzak – Maha Melimpahkan Rezeki . Rezeki pemberianNya itu pelbagai rupa dari arah dan sumber yang tak terduga .

Allahu'alam.