Khamis, 24 Mac 2011

kita



perjalanan
TARBIYYAH
sering
menemukan
SIAPA
kita??

TARBIYYAH
juga
seni
yang
sesungguhnya
MENGUBAH!!




Rabu, 23 Mac 2011

Tahniah,!


Buat semua batch f5 2010 SMI Al-irsyad,

TAHNIAH!!!!!!!!

Sebab dapat result yang CEMERLANG,

dan

Terima kasih juga, sebab bagi SEMANGAT pada kami untuk buat yang terbaik SPM 2011.

Kenangan dengan korang semua memang TERBAIKLAH,!

Ahad, 20 Mac 2011

WTC 9/11


Pernah dengar pasal pelanggaran Bangunan WTC?
Pihak Illuminati dan Freemason?
New World Order.?
Mesti pernah kan?
Kalau tak pernah dengar jugak, nasihat saya, "tak payah la tinggal kat bumi nieh..,nyusahkan hidup jee" haha

ok. kita teruskan. Cerita ini mungkin dah lapuk, tapi sekadar nak berkongsi dengan anda semua tak salahkan?

Tragedi pelanggaran WTC ini telah membuka mata masyarakat dunia terutama belah eropah dan Amerika Syarikat sendiri betapa mereka telah diperbodohkan selama ini. Inilah peristiwa yang menjadi titik mula kebangkitan Islam. Ramai penduduk Amerika Syarikat dan Eropah yang memeluk Islam selepas peristiwa ini.


Pihak Illuminati dan Freemason ada 4 tujuan dengan peristiwa 9/11 ini.

1. Mencabar kuasa Allah.
Kenapa tarikh 9/11 dipilih? Mereka 'skip' kan no 10 sebab no 10 ini melambangkan kesempurnaan. Hnya Allah saja yang bersifat sempurna. Jadi mereka 'skip' kan bilangan no 10 itu. 9, 11. Tiada no 10 di situ. Mereka juga terapkan 911 ini dalam kehidupan mereka seharian. Di Amerika Syarikat, untuk panggilan kecemasan mereka kena dial 911 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.



2. Sebagai simbol kemusnahan Kaabah.




Kaabah ini adalah pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Tenaga apa? Saya terangkan sikit tentang tenaga-tenaga ini..

Ada 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain.

1. Minda. 2. Tubuh Badan. 3. Roh/Batin.

Jika anda kurang faham tentang potensi diri, anda tidak akan faham pentingnya sistem pnguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa anda akan temui? Atom, elektron, proton. Apa makna semua ni? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kite boleh dipengaruhi oleh tenaga diseliling dan yg paling penting kite boleh mempengaruhi tenaga diseliling kita.





Kita boleh keluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?

Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga tu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknye.

What Goes Around Comes Around
Sebab itulah kita akan berasa sungguh selesa dikelilingi tenaga positif alam semulajadi.



Sebaliknya kita akan berada tidak senang dengan tenaga dan kaku sebuah bandar.



Contohnya, kita akan berasa selesa, tenang jiwa bile kita masuk ke dalam masjid. Ini adalah disebabkan tenaga positif yang dihasilkan... Sesiapa yang pernah mnjejak kaki di Mekah pasti dapat merasai ketenangan yang amat sangat. Kerana kuasa positif yang begitu banyak.




Berbalik pada cerita asal tadi. Dekat tengah-tengah WTC ada satu objek. Namanya The Sphere


It was meant to symbolize world peace through world trade, and was placed at the center of a ring of fountains and other decorative touches designed by trade center architect Minosoru Yamasaki to mimic the Grand Mosque of Mecca, in which The Sphere stood at the place of the Kaaba.It was set to rotate once every 24 hours, and its base became a popular lunch spot for workers in the trade center on days with good weather.

Petikan ini aku ambil dekat wikipedia. Ini bermaksud mereka mereplikan The Sphere sebagai Kaabah dan mereka memusnahkannya semasa kejadian 9/11 itu. Anda boleh baca lebih lanjut do sini. The Sphere - Wikipedia, the free encyclopedia

Dengan musnahnye WTC, objek itu turut sama musnah.

Kenapa Kaabah?
Adakah mereka mencabar kuasa Allah. Atau ia melambangkan kemusnahan kaabah sebagai tanda kiamat.

3. Untuk mempengaruhi politik dunia untuk rancangan terakhir New World Order.


9/11 ni adalah modal besar untuk Amerika Syarikat menyerang negara-negara Islam dan jadikan Israel sebagai kuasa utama dunia sebagai persediaan menyambut The False Messiah-Dajal..Ok,search "google" kalau nak tahu lebih lanjut. "youtube" pun boleh.... cari tajuk the arrivals


4..To Create One of the Darkest Stargates. .
(berkaitan dengan kepercayaan sihir Freemason/ Illuminati)





ok, jangan tertipu,
semua ini saya copy jee..
klik kat...sini! untuk maklumat lanjut.

DAN....

Plan Yahudi Ini Sudah Lama Dirancang Dan Wujud Di Dalam Microsoft.Kalau Anda Masih Tidak Percaya Anda Boleh Mencubanya Sendiri,

1. Buka Microsoft Word anda.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY...
Q33 NY ini adalah nombor pesawat yang telah melanggar bangunan WTC di Amerika..

3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.

Apa yang anda nampak? Allahuakbar sesungguhnya perancangan ini sudah lama wujud tanpa disedari oleh sesiapa pun. Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi...



Subhanallah...

Sabtu, 12 Mac 2011

Sijil Pelajaran Malaysia


S.P.M
Hanyalah serpihan kecil dari ujian dunia
Ia bukanlah visi namun tanggungjawab
Ya Allah
Andai kejayaanlah yang terbaik untuk agamaku
Aku pinta ya Allah
Andai kejayaanlah yang menjauhkan agamaku
Aku lebih memilih agamaMu
Kejayaan ini bukan untuk sesiapa
Demi Allah
Demi Dakwah
Demi Keluarga
Demi aku
Jika ada
Ujian ini bakal menentukan
apakah dakwah itu bermusim
pada Allah kita berkira
Sedang ummat dijajah imannya tidak bermusim
kerana kerja daei itu juga bukan sahaja di musim bunga
yang membahagiakan dan memudahkan
ia juga pada musim dingin menggigit tulang
pada musim panas memercik keringat
kerana itu
Janganlah kau jadikan aku lemah dengan ujian ini
Jangan membuat aku ragu dan memilih
Sesungguhnya ini sahaja yang aku andalkan
Di jalan cinta para pejuang
Dalam mentaatiMu tidak perlu kurisaukan kemampuanku

- Nurul Hafizah Md Zaid-
9.34pm

Jumaat, 4 Mac 2011

Kuatkanlah HATI itu.


“ Jika diuji oleh Allah SWT, pandanglah dan hadapkan diri melihat sirah baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah insan yang diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian, mehnah dan dugaan hidup. Ambillah, contoh baginda dalam mengharungi semua ini.”

Mengimbau sirah-sirah baginda – Rasullullah SAW yang pernah dipulaukan oleh kaum musyrikin, dihina oleh kaumnya sendiri , dicerca dengan cercaan yang mencengkam jiwa, dituduh gila secara serangan fizikal serta mental, menerima tentangan demi tentangan yang hebat impaknya dan pelbagai bentuk penyeksaan kejiwaan.

Ada Rasulullah SAW merasa kecewa dan mengalah?

Meninggalkan seruan dakwah dan terus berputus asa?

Mengeluh, merungut dan membebel seperti kita?

Tidak.

Tidak.

Malah, tidak.

Namun, baginda Rasulullah SAW bersabar dan bersabar. Baginda tekun dengan usaha dakwahnya dengan penuh keyakinan.

Jadi,belum cukupkah Rasulullah itu untuk kita jadikan teladan?

Melihat bagaimana Baginda yang agung itu tetap tenang, dan sentiasa mengukirkan senyuman manis. Tatkala, para sahabat ditimpa musibah yang menggugah jiwa – Rasulullah SAW meniupkan kata-kata semangat, motivasi dan bicara inspirasi keimanan pada mereka.

“ Barang siapa yang cita-citanya adalah akhirat, nescaya Allah akan memberikan kekayaan dalam hatinya, mempersatukan wataknya, dan dunia akan datang kepadanya sedang dia tidak menyukainya.”


Ayuh lah teman, sahabat seperjuangan..

BANGUNKAN JIWA!
SEGARKAN HATI!
JANGAN PUTUS ASA!

Sesungguhnya,jika benar niatmu untuk jalan Allah, pasti Dia akan membantu..







Saya tahu,
dan saya yakin,
awak boleh lakukan yang terbaik.
Letakkan kepercayaan pada diri sendiri.

Inshaallah.




Luar biasa


“Untuk menjadi manusia luar biasa, kita perlu keluar dari perangkap orang biasa; makan minum kita, tidur baring kita dan persekitaran kita mestila luar biasa hingga menimbulkan kekuatan luarbiasa pada diri kita. Kesusahan dan tekanan akan mengasah azam dan daya juang serta membangunkan kekuatan untuk menongkah arus kehidupan yang penuh kesukaran dan halangan.”

dipetik dari: Langit Ilahi

Ya, benar kesusahan, kepayahan, kejerihan, kepenatan dan segala bentuk kesukaran – yang banyak mendidik jiwa dan hati kita.

Ia adalah laluan yang mengasah, mengilap dan meningkatkan daya juang yang tersemat disebalik kekerdilan jiwa kita.

Dan, sedarlah bahawa kesenangan, kemewahan, kekayaan dan hidup bersantai-santai tidak pernah mendidik dan mengesani hati kita. Malah – ia sebenarnya melemahkan jiwa, kemahuan dan perasaan kita sehingga menjadikan kita insan yang hina dan tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi Allah SWT.

..KEJAYAAN ITU DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA..


Subhanallah...

Hilangkan gusarku,
padamkanlah dukaku.
Yakinlah,
Kau ada untukku.

Ameen
.

Selasa, 1 Mac 2011

Fokus


Mata tolong fokus.
Hati tolong fokus.
Jiwa tolong fokus.

Minggu ni kita belasah 'kaw2' untuk exam.

kalau tak 'kaw', goreng sampai lumat.

ceyh!
Hidup SPM!!!
haha..