Jumaat, 24 Jun 2011

Ikhlas ni susah


Salam alaik,

Rasa nak berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang saya pelajari dari hari ke hari, masa ke masa.Tentang Ikhlas,.hmm... tipulah kalau saya cakap saya orang yang paling ikhlas. Saya sendiri tak tahu sama ada saya ikhlas atau tak.

"Ikhlas ke aku pegang kepimpinan sekolah selama ini?",
" Ikhlas ke aku buat semua kerja2 tu dulu ? ",
" Ikhlas ke bersahabat dengan dia?" ,
" Ikhlas ke memberi tanpa meminta kembali ?"


Mungkin saja ini bicara paling munafiq saya kelmarin. Tentu saja sahabat saya mendengar dengan penuh rasa menyampah. Saya sendiri pun menyampah!

Orang ikhlas ni buat kerja tulus hanya untuk Allah. Kadang-kadang kita rasa kita ikhlas, sebenarnya tidak.

Ikhlas ni lawan dia Riya', Sum'ah, Ujub.

Riya' ni mudah je kita nak tahu. Bila kita rasa semangat nak beramal depan orang lain. Tiba-tiba je rajin solat sunat. Rukuk pula bukan main lama. Sujud apatah lagi, sampai melekuk lantai ditenyehnya.

Sum'ah lebih bahaya. Kita buat amal dalam keadaan tak ada orang disekeliling. Tapi kita rasa suka bila amal kita ni orang tahu dan duk sebut-sebut. Jadi teladanlah kononnya. Hati rasa berbunga-bunga bila orang sebut kita ni seorang yang jaga ibadah malam, sentiasa beristighfar dan sebagainya. Ini Sum'ah namanya.

Kalau kita terlepas daripada Riya' dan Sum'ah pun, ada yang lebih dahsyat lagi. Iaitu ujub. Haa yang ni bukan antara kita dengan orang lain, tapi kita dengan bisikan diri sendiri. Rasa ajaib dengan diri sendiri sebab kita mampu istiqamah dengan solat dhuha setiap hari. Pelik pun ada, kita mampu bangun malam 2,3 kali seminggu.

"Aku ni wali Allah ke?"
"Pelik, aku ni ahli syurga dah kot ni.."

Soalan ni duk berdetik dalam hati dan fikiran.

Nah, ini lah musuh-musuh ikhlas. Susah sungguh nak capai tahap ikhlas nih. Kalau terlepas daripada ketiga-tiga 'musuh' ikhlas ni pun belum tentu lagi kita dah ikhlas. Saya menulis ni pun entah ikhlas atau tak. Ikhlas ni sangat mendalam. Ianya rahsia dalam rahsia. Kalau kita rasa kita dah ikhlas pun belum tentu lagi kita dah mencapai ikhlas.

Amalan tak ikhlas lebih teruk daripada debu. Tak ada nilai. Bahkan debu pun lebih baik, sekurang-kurangnya boleh juga guna buat tayammum.

Tapi jangan kerana takut tak ikhlas kita terus tak mahu beramal. Itu lebih sesat dan menyesatkan. Allah telah memberikan pedoman pada kita. Buatlah sebaiknya.

"Bekerjalah kamu, maka Allah akan menilai perkerjaanmu itu.." (At-Taubah:105)


Beramal itu tugas kita, menerima dan menilai itu hak Allah. Beramallah sehingga kita letih nak buat maksiat.


Ya Tuhan kami,
Engkaulah tujuan kami

first step

"Maka berkat rahmat Allah, Engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya Engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

~Surah Al-'Imran:159~

Rabu, 8 Jun 2011

betulkan niat



In the name of Allah.

salam sejahtera buat semua reader semoga Allah bersamamu selalu.AMEEN.

Dah nak masuk 6 bulan sekolah, ada lagi 4 bulan menanti, akan ada 10 subjek yang harus dijawab,

-end-

hakikat hidup memang macam tu kan? segala yang bermula pasti akan ada pengakhiran... setiap yang bertemu akan tentu berpisah...

banyak benda yang boleh kita belajar. banyak sangat, tak termampu nak menaip sebab nanti mesti tak muat ...ehehe ...mungkin sebab tu kot orang selalu kata "hargai apa yang kita ada sebelum ia hilang dari pandangan" .Memang sakitkan kalau kita hilang sesuatu, tapi mungkin lagi sakit kalau masih ada yang tak mengerti erti menghargai..

tapi tak apa, rasanya masih ada ruang-ruang masa untuk kita sama-sama memahami erti sebuah pengorbanan

kerna hakikatnya manusia itu tak ada yang sempurna... ^-^


Bak kat kak umairah :

Ikhlaskan HATI;buat bukan kerana kepentingan diri. beramallah sampai tak ada rasa sakit bila disakiti. tak ada resah kalau dikeji. dan bersungguh-sungguhlah, sebab Allah yang nilai. semata-mata lillah ta'ala! great!

Baiki Hati: kurangkan maksiat hati, sedikit demi sedikit.

Dan...Bulatkan HATI; berdoa kepada Allah setulus-tulusnya! mohon pertolongan Allah. percaya dan yakin dengan sebanyak-banyaknya!

setelah itu.ianya adalah urusan ALLAH

Kau takkan pernah KECEWA!
TAKKAN pernah!

Selasa, 7 Jun 2011

MGBSIM 2011

assalamualaikum..

haha entry kali ini tak tahulah nak menggambarkan perasaan ni macam mana? sedih ade gembira ade bengang ade takut ade. Boleh kate semua perasaan ade..

MGBSIM 2011. satu pengalaman yang seronok la jugak, sebab menanggung kekalahan yang agak teruk.futsal.netball.sepak takraw.hmm balik awal belake.. Tapi gembira *kot*sebab nasyid banat menang.haha Bengang sebab juri lansung tak profesional, pilih random je...tak adil. dan takut sebab.....errr....apelah hukuman yang papa suki akan bagi bukak sekolah nnti ea ?? adoii...

paling sedih. Pidato dan hadis yang kami berlatih giler-giler...KALAH! perrhh.... nak menangis rasa. Ramai lagi orang yang lagi HEBAT. tak boleh nak kate ape lah,

Then lagi rasa nak sepak orang bila naik bas pergi balik TERPAKSA duduk belakang sekali. kan iffah ? bengang kan ? haha .. Dahlah aku jenis mabuk jalan jauh.duduk belakang rasa naik bot kat tengah laut yang bergelora. Nasib baik masih ada iman dalam jiwa, kalau tak...tak tahu lah,


hmm... tapi, bila fikir2 balik. Inilah pengalaman. kalau semua nak menang, siapa yang nak kalah kan? haha (ayat pujuk hati sendiri) tapi kira ok lah, kalah2 Irsyad pun, takdelah yang sampai menangis, haha teruk betul bila tengok ade budak sekola lain yang menangis macam kes hidup ngan mati jee..sebab kalah. heyy,, COOL lah.. adat la kot, ada menang ade kalah.

Yang JUARA tak perlulah riak, dan yang KALAH jangan terus mengalah .tahun depan masih ada dan masih boleh buat yang terbaik untuk sekolah masing-masing.

the best teacher's in your life is experience.

akhirnya.. nak minta maaf sangat-sangat dekat muallim/mah yang begitu mengharapkan kejayaan kami sebab tak boleh nak buat balik apa-apa kecuali johan nasyid banat.Itu sahaja. Buat muallimah aineszun, mlmh azlin, mlm dasuki..yang tak henti-henti support kami kat sana. TERIMA KASIH sangat-sangat. tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin kami bukan yang terbaik untuk menaikkan nama sekolah.


result MGBSIM 2011 :
1st :SMIH JB

2nd :Hira' JERAM

3rd : SMI AZhar

Tahniah,!

next post:
gambar MGBSIM

Sabtu, 4 Jun 2011

To be different isn't bad






Nak dapat kejayaan yang LUAR BIASA

usaha pun mesti LUAR BIASA.


time to change
xD

Rabu, 1 Jun 2011

belajar


Tak kata perkara ni mudah tapi hakikatnya manusia kena belajar untuk memaafkan orang lain.

Kerana hakikatnya kita memang tak boleh mengharapkan kesempurnaan dari seseorang kerana diri kita pun tak sempurna .

Sementara masih ada ruang-ruang yang tersisa ni, belajarlah dan terus belajar menjadi seorang yang pemaaf kerana tak semua orang mampu menjadi orang yang pemaaf

(peringatan buat diri juga)
^-^

A Tribute to My Mom




bila ia tentang IBU, mana2 manusia pun takkan berkira airmatanya.
akan gugur tanpa syarat, (^_^)

terima kasih ma,
hanya Allah yang dapat membalas jasamu.