Selasa, 7 Jun 2011

MGBSIM 2011

assalamualaikum..

haha entry kali ini tak tahulah nak menggambarkan perasaan ni macam mana? sedih ade gembira ade bengang ade takut ade. Boleh kate semua perasaan ade..

MGBSIM 2011. satu pengalaman yang seronok la jugak, sebab menanggung kekalahan yang agak teruk.futsal.netball.sepak takraw.hmm balik awal belake.. Tapi gembira *kot*sebab nasyid banat menang.haha Bengang sebab juri lansung tak profesional, pilih random je...tak adil. dan takut sebab.....errr....apelah hukuman yang papa suki akan bagi bukak sekolah nnti ea ?? adoii...

paling sedih. Pidato dan hadis yang kami berlatih giler-giler...KALAH! perrhh.... nak menangis rasa. Ramai lagi orang yang lagi HEBAT. tak boleh nak kate ape lah,

Then lagi rasa nak sepak orang bila naik bas pergi balik TERPAKSA duduk belakang sekali. kan iffah ? bengang kan ? haha .. Dahlah aku jenis mabuk jalan jauh.duduk belakang rasa naik bot kat tengah laut yang bergelora. Nasib baik masih ada iman dalam jiwa, kalau tak...tak tahu lah,


hmm... tapi, bila fikir2 balik. Inilah pengalaman. kalau semua nak menang, siapa yang nak kalah kan? haha (ayat pujuk hati sendiri) tapi kira ok lah, kalah2 Irsyad pun, takdelah yang sampai menangis, haha teruk betul bila tengok ade budak sekola lain yang menangis macam kes hidup ngan mati jee..sebab kalah. heyy,, COOL lah.. adat la kot, ada menang ade kalah.

Yang JUARA tak perlulah riak, dan yang KALAH jangan terus mengalah .tahun depan masih ada dan masih boleh buat yang terbaik untuk sekolah masing-masing.

the best teacher's in your life is experience.

akhirnya.. nak minta maaf sangat-sangat dekat muallim/mah yang begitu mengharapkan kejayaan kami sebab tak boleh nak buat balik apa-apa kecuali johan nasyid banat.Itu sahaja. Buat muallimah aineszun, mlmh azlin, mlm dasuki..yang tak henti-henti support kami kat sana. TERIMA KASIH sangat-sangat. tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin kami bukan yang terbaik untuk menaikkan nama sekolah.


result MGBSIM 2011 :
1st :SMIH JB

2nd :Hira' JERAM

3rd : SMI AZhar

Tahniah,!

next post:
gambar MGBSIM

Tiada ulasan: