Jumaat, 22 April 2011

Semangat MPI mula membara, (^^,)



ahh!
tak jangka semangat boleh naik sampai macam ni sekali,
TERIMA KASIH buat semua adik-adik group MELATI yang tak putus bagi kerjasama,
thank you so MUCH!!
Kalau kita tak menang sekali pun,
kak hafizah tetap BANGGA dengan korang semua tahu tak?
tapi harap2 lah boleh , menang!! yeah!

...Ukhuwwah Fillah abadan abada....

GO, GO, MELATI GO!!!!!

Sabtu, 16 April 2011

I'm Wearing A Fake Smile But...


Bismillahirrahmanirrahim


rasa sangat DOWN
sangat sangat DOWN
sangat sangat sangat DOWN
sangat sangat sangat sangat DOWN


i'm wearing a fake smile.
a fake smile that i hate so much.

hati mula merengek;
siapa boleh tolong lap air mata ni?
siapa boleh tolong bagi kata-kata semangat?
siapa boleh dengar saya nangis kat phone, dengar semua masalah?
siapa boleh?


siapa boleh tolong tenteramkan hati ni? naikkan semula semangat yang hilang?


LA TAHZAN, RABY! INNALLAHA MA'ANA!

Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

mungkin ada hikmah atas semua ni.
buat masa ni, ayat cinta Allah yang jadi pembakar semangat.
saya tahu saya kuat, saya tabah, saya akan hadapi cabaran dan masalah ni!


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

Ya, saya tidak bersendirian.

Isnin, 11 April 2011

Mohon sangat

Ia penentu kemanakah aku selepas ini?

Tuhan..

Berilah aku secercah cahaya

Serta kemampuan

agar aku dapat menyelesaikan semua ini

Padamu aku berserah diri


YA ALLAH, lapangkanlah dada ku dan penuhilah dada ku dg cahaya-MU, dg mahabah kpd MU, dg makrifat kpd MU.

YA ALLAH, peliharalah aku di jalan-MU. tetapkanlah hati ku di dlm islam-MU, dan matikanlah aku dalam keadaan islam…amin

Mohon sangat2x ya ALLAH!!

Sabtu, 9 April 2011

Make me strong

Salam'alayk.

My dearest,

Masih berderet xtvt?
Takmau stress, tapi TERstress jugak?

Perlu booster? Perlu yakin? Perlu semangat?
Perlu motivasi lagi?

Perlu booster? Perlu yakin? Perlu semangat?
Perlu motivasi lagi?
Ada buku motivasi, tapi malas nak tengok?
Ada banyak artikel penguat semangat, tapi malas nak baca?

Bila rasa penat study + xtvt, bila rasa otak dah penat, dan apa yang dibaca macam dah tak boleh masuk, jom sama-sama rileks dengan ini....






Sendirian..
Tadabbur dan tafakkur..
:)

"Ingatlah. Dengan berzikir (mengingati Allah), jiwa kamu akan tenang."
[Ar-Ra'd: 28]


Subhanallah!
I Love You..Allah!
:D

Lepas ni road to MPI pulak,
aduyai.... :((

Terasing!

Haihhh.

Saya rasa, saya perlu teman untuk berbincang tentang semua ini.
Ini juga.
Ini, ini, dan ini juga.
Yang boleh tolong memahamkan dan bagi pencerahan.

Kadang tak faham.
Tapi nak faham, sebab memang perlu faham!

Bagusnya eramuslim.com, bukan sekadar berita.
Tapi, sebuah ANALISA!
Sangat-sangat rugi rasanya kalau tak baca, dan tak faham.

Tentunya bukan analisa biasa, tapi analisa yang membuka minda, mencetus semangat, dan menyuburkan ghairah seorang saudara, dan seorang pejuang agama.


"Barang siapa tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka (Islam)”. (hadis)

Hmm.

Jumaat, 8 April 2011

Ish, masamnye muka!

Apabila penat, letih, marah, sedih, tertekan dan pelbagai rasa buruk menjengah hati, kita akan bermuka masam. Menunjukkan muka tidak berdaya dan muka keletihan. Sudah menjadi kebiasaannya manusia apabila mengalami tekanan, berada dalam keletihan, berada dalam suasana emosi yang tidak elok, akan membuat muka masam dan sedih. Ini adalah tindak balas normal bagi seorang manusia.

Namun, bagi seorang pemimpin dan seorang dae’I bermuka masam, ia bukanlah tindak balas normal yang patut ada padanya. Apabila seorang pemimpin menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada orang yang dipimpinnya, bagaimanakah reaksi orang-orang yang dipimpinnya? Apabila seorang daei menunjukkan muka masam, letih dan gundah pada madu’, bagaimanakah reaksi madu’?

Seorang pemimpin dan dai’e tidak boleh bermuka masam kepada orang bawahannya. Kita sering membuat muka tidak bermaya tatkala kita letih dan sakit. Contohilah Rasulullah yang sentiasa tersenyum walaupun baginda letih dan sakit. Contoh paling nyata adalah tatkala ajal mengundang baginda untuk pulang ke Hadrat Allah. Baginda masih mampu tersenyum walaupun keperitan maut itu hanya Allah yang tahu. Baginda tersenyum untuk menenangkan hati umat baginda supaya mereka tidak takut dan kecoh dengan keuzuran baginda. Seorang pemimpin perlu menenangkan keadaan supaya tiada kekecohan yang timbul berpunca dari kita.

Bagaimana mungkin kita menyampaikan mesej-mesej tentang keindahan nilai-nilai islam tatkala wajah kita sugul tidak bermaya? Adakah kita mampu untuk meyakinkan mad’u akan kepentingan dakwah tatkala kita gagal melakukan satu tugas dakwah yang paling mudah iaitu tersenyum, namun paling sukar dilakukan tatkala emosi tidak menentu. Kita bukanlah ingin menjadi seorang badut untuk menghiburkan orang, namun dengan senyuman dan muka manis, kita mampu membuat orang sekeliling kita berasa tenang dan aman. Di dalam senyuman yang penuh kepahitan itu, terpancar ketabahan menggalas sebuah tugas dakwah, tercermin kesungguhan menegakkan islam, tersinar sebuah pengharapan melihat islam kegemilangan islam suatu hari nanti.

Sepertinya senyum itu berjangkit, bermuka masam itu juga berjangkit. Maka janganlah menjangkiti orang lain dengan muka masam kita. Bermasam muka akan menimbulkan rasa risau dihati sahabat, menimbulkan rasa tidak tenang dalam hati mereka, menimbulkan rasa tidak gembira dalam jiwa.


so,seyumlah!

Rabu, 6 April 2011

Kempen "BERSIH TIP TOP"



credit to:
Muhd Syukran Saipuddin
Muhd Zaki Khalid
Muhd Syakirin Yahaya
Md Thaufiq Naim
Faizol Hanif
Nurul Hazwani
Iffah Nurul Amin
Nurul Hidayah Zainuddin
Yasmin Mastura
Putri Ainul Natriah
Siti Nor Saadah Jumaat

Kerana menjadi ORANG KUATdalam menjayakan program kali ini,
Jazakillahukhairankathira,,

Selasa, 5 April 2011

Alhamdulillah

Walaupun mula-mula rasa KECEWA gilee sebab
tak ramai yang turun padang nak bantu,
Namun akhirnya! yeahh! I got it! berjaya jugak,
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..

Next post:
nantikan video kempen bersih TIP TOP,
(^^,)

Sabtu, 2 April 2011

kalau kita suka


"Kalau rindu, kenapa cari dia? Sedangkan pada Allah, ada penawarnya."
"Kalau sayang, kenapa cari dia? Sedangkan pada Allah, ada ubatnya."
"Kalau cinta, kenapa cari dia? Sedangkan pada Allah, ada hatinya."
"Kalau kasih, kenapa cari dia? Sedangkan pada Allah, ada jiwanya."

Kerana Dia itu sungguh Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Indahkan kalau meluahkan pada orang yang memahami kita?

Maka, bukankah Allah itu yang Maha Dekat, dan paling faham hati kita?

"Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Qaaf:16)