Sabtu, 3 Mac 2012

Sebak




Ya Allah.

Saya.. memang sangat sebak. Langit memberikan saya teduhan paling nyaman. Sangat nyaman. Dan...tentunya, kuasa meneduhkan itu, datangnya dari Dia, punca segala cinta. Sumber segala kasih sayang. 


Tenang. 

Hati ini adakalanya sakit. Mahu marah. Tidak tenteram. Jiwa berkocak. Tapi, Dia hadirkan dengan rasa kecukupan. Kecukupan dengan hanya mengharap kasihNya. Dengan hanya cintaNya. Maka, Dia balut hati, jiwa, jasad ini dengan segenap kesabaran. Kesabaran yang bukan datang dari kekuatan diri, tapi dari Dia. Sesungguhnya Dia.

Kalau diikutkan hati, saya bagai mahu mengalah dengan perasaan dan emosi sendiri.
Memang. 

Subhanallah.

"Pedulikan semua mehnah atau tribulasi. Itu semua ujian-ujian menjadikan diri lebih matang dan dewasa. Cukup hanya dengan YAKINSEMANGAT dan IKHLAS, lalu rentaslah kembara ini. Ingatlah bahawa, Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. Bukan dilihatnya NATIJAH, tapi dinilainya USAHA." 


 "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik." 


(Al-Ankabut: 69)