Khamis, 24 Jun 2010

Ketika matematik mula "bertasbih"



salam.
Untuk pengetahuan semua,saya merupakan mereka2 yg "ngam" dengan subjek MATEMATIK!
Maksud saya,"PECINTA MATEMATIK SEJATI"Bermulanya di Ting.1...saya mula jatuh cinta dengannya, merasakan bahawa ianya 'seronok'
dan 'mencabar'...sehinggalah apabila saya berada di Ting.3... percintaan kami membuak2 sehingga saya selalu mendapat gred A dalam exam... hehe..selalu ke?? selalu la jugak,dalam sekali dua....ngeh3....

Tetapi,baru2 ni,,,hubungan 'dingin' saya dengan subjek matematik menyebabkan result exam kali ini hampir punah!!! saya mengabaikan matematik kerana merasakan ianya terlampau senang dan x perlu untuk di ulangkaji ....Syukur pada Allah atas segala nikmatNya, berjaya juga diselamatkan result saya.

Alhamdulillah..hubungan saya dgn Matematik makin pulih sekarang ini,mungkin atas Rahmat dan HidayahNya, baru2 ni saya berjaya mendapat kekuatan untuk 'berbaik' dengan 'matematik' ni. Ukhwah kami makin mantap. Makin mantap bila saya dh jumpa jalan untuk 'rapat' selalu dgn matematik....

Semester hadapan, saya akan berhadapan dengan Math sekali lg. Moga2 dgn ukhwah yg makin mantap dgn math ni, gred 'E" saya makin meningkat,insyaallah. Doa2kan saya sahabat2 semua...



lastly, credit to this website for helping me solve problem with math.


PENGAJARAN!!!
Jangan merasakan bhw diri anda sentiasa bagus...
~Sentiasa berusaha~

Selasa, 22 Jun 2010

Tundukkan hati ke dunia realiti...

Wasiat Hasan Al-Banna

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.



Kita harus terus dan terus melangkah, kerana tidak ada kata "berhenti" dalam berjihad.

Allah swt. berfirman,
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh
akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami."
(Al-Ankabut: 69)

Hanya Allah zat yang Maha Agung, bagi-Nya segala puji.

Sabtu, 12 Jun 2010

Muhasabah itu perlu



"Aku menasihati diriku yang aku adalah seperti sepacal binatang..yang sangat hina dan aku katakan pada hatiku..islam tidak memerlukan aku..tetapi aku yang memerlukan islam dalam hidupku...kemudian aku berkata pula pada rohku..ketahuilah roh yang hina..sebenarnya kita tidak akan bahagia di dunia ini jika tiada kasih sayang dariNYA...bersyukur dan bersabarlah..ALLAH sentiasa dengan kita wahai rohku..Wahai roh yang hina..kita punya matlamat.. kita mesti teruskan perjuangan ini walaupun ku tahu begitu sakitnya menangung segalanya..tapi matlamat kita adalah Redhanya..manalah tahu kita adalah pencinta yang MAHA SATU.."