Jumaat, 28 Januari 2011

hujan

"..nikmati hujan dulu, sebelum pelangi.."


bau hujan tersebar,
nyaman, dan
segar.



"Segala apa yang ingin kita buat..kita mengharapkan orang dan hati-hati yang mengikuti mampu mengenal dan mencintai Allah dengan lebih dekat.." teringat kata-kata dari seorang sahabat.


nak bernafas sekejap.
ahhh..

:)

Khamis, 27 Januari 2011

Fikir!



Pemikiran yg matang timbul apabila kita sentiasa berfikir, "Mengapa?", tidak mengutamakan emosi dlm kata-kata dan berfikir sebelum mengambil keputusan. Serta tidak mudah-mudah melabel seseorang.

Rabu, 26 Januari 2011

Hilang.


Bukan sebab kesejukan pagi ini. Bukan sebab ketiadaan bintang sebagai peneman semalam. Entah, yang pastinya ada sebab lain. Ayat2 Quran sukar sekali dihafal, meski waktu ini waktu paling mujarab untuk menengadah subjek hafazan Quran. Huraian dari buku“ Pendidikan Syariah Islamiah”, pun bagaikan tiada selari dengan jiwa pagi ini. Yang pasti diri ini masih tidak mahu berbicara.

Buku-buku bersepah. Kertas-kertas bertaburan atas meja. Pen berwarna-warni tanpa tersusun, persis keadaannya dengan perancangan yang juga berkecamuk dalam kepala.

Memang betul kata Muallimah Hayati. Kesunyian membuatkan manusia berinteraksi dengan emosi dan perasaan sendiri. Waktu inilah yang ada kekasih, teringat kekasih hati. Waktu inilah mula rasa sunyi dan sebagainya.

Dan.. waktu inilah orang itu sibuk-sibuk memeta hidup. Buka buku lama. Selak catatan lapuk. Kenang kisah lama.

Allahhu Allah.

Nak jadi orang yang berilmu, kena banyak membaca.

Nak jadi orang yang hebat, kena banyak belajar.

Nak jadi orang yang tahu segala benda, kena banyak buat salah.

Nak faham keadaan umat, kena bercampur dengan manusia.

Nak memimpin, kena tahu berorganisasi.

Pendek kata, kalau nak tahu semua, atau nak jadi seseorang, kena sentiasa belajar.


Setahun saja lagi di sini. Gerakan pantas masa, sekaligus menggulung bimbang. Bila tengok perancangan untuk tahun ini, boleh ke aku handle?. Bimbang sungguh.Perancangan banyak.Tapi.. macam sikit saja yang gerak.


Kadang terfikir..

Terpaksa kah mereka ? ?


Ahhhh..

YA ALLAH..

Saya tahu saya mampu,
Hanya bila saya mahu.




dan..
homework tak siap jugak.
hampeh.

Khamis
4.40am

Isnin, 24 Januari 2011

Tak tahu.



dekat pun salah.

jauh pun salah.

ujian buat hati,
sejauh mana kau
kembali merebut cinta,

sedalam mana kau
mengejar nikmat
rukuk dan sujud.

ya Allah.
tak sanggup aku kehilangan,
rasa-rasa yang pernah hinggap,
walau sekejap.
walau sesaat.

mohon,
kembalikanlah,
apa yang telah hilang.

ketenangan itu ada,
hanya bila Kau ada
bersama.

hatiku..
sesungguhnya,
milikMu.

Ya Allah,
Aku mohon sangat-sangat.
Selalu dan selalu.

Kelembutan hati.
Kerendahan hati.
Keikhlasan hati.

Inilah kemahuan.
Dan ini juga keperluan.

Ameen. Ameen. Ameen.
:'(

5.10pm

Sabtu, 22 Januari 2011

pantas


In the name of Allah.


Dah masuk 3 minggu sekolah, ada lagi 10 bulan menanti,dan akan ada 10 subjek yang harus dijawab.Target?

Hakikat hidup memang macam tu kan?
segala yang bermula pasti akan ada pengakhiran.
setiap yang bertemu akan tentu berpisah.

banyak benda yang boleh kita belajar.
banyak sangat,
tak termampu nak menaip.

mungkin sebab tu orang selalu kata

"hargai apa yang kita ada sebelum ia hilang dari pandangan"

memang sakitkan kalau kita hilang sesuatu,
tapi mungkin lagi sakit kalau masih ada yang tak mengerti erti menghargai.

tapi tak apa,
rasanya masih ada ruang-ruang masa
untuk kita sama-sama memahami erti
sebuah pengorbanan

..kerana hakikatnya manusia itu tak ada yang sempurna...

10 A+ SPM

Mampu ke aku?

.

Jumaat, 7 Januari 2011

Impian

"Pedulikan semua mehnah atau tribulasi. Itu semua ujian-ujian menjadikan diri lebih matang dan dewasa. Cukup hanya dengan YAKIN, SEMANGAT dan IKHLAS, lalu rentaslah kembara ini. Ingatlah bahawa, Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. Bukan dilihatnya NATIJAH, tapi dinilainya USAHA."

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik."
(Al-Ankabut: 69)

Dia kan ada?


kadang-kadang, kita tak sabar menanti satu kepastian,
sebab kata-kata, perbuatan, pandangan, dan celaan terlalu banyak menduga,
hingga satu masa, kita mungkin hilang percaya..
dan mahu segera lari dari trek mengharap.

tapi, Allah kata..
"mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.." (Al-Baqarah:153)
Allah kata juga,
"yang kita benci, amat baik untuk kita..
yang kita suka, amat buruk untuk kita..
dan Dia Maha Tahu segalanya.." (Al-Baqarah: 216)

saya yakin, sabar itu indah.
saya yakin juga, bila kita percaya pada Dia,
Dia akan kembali yakinkan kita dengan apa yang kita percaya,

percaya bahawa doa itu senjata mukmin..
percaya Dia takkan sesekali menzalimi hambanya..
percaya Dia akan sentiasa memberikan yang terbaik..
percaya bahawa Dia sentiasa ada..

SENTIASA ADA.

,


"ya Allah, jadikan wajahMu..
impianku,
keinginanku,
harapanku,
dan kerinduanku."

mohon dengan sangat.
amin.



mood:
motivate diri sendiri



Sabar . Senyum!


"Memuaskan hati semua manusia adalah perkara yang paling dan sangat-sangat MUSTAHIL"

Imam syafie


TARBIYYAH?

Apa yang anda faham ?

Kita selalu dengar kan?,tapi jarang untuk menghayati.

Saya andaikan "tarbiyyah" itu sebagai "bekalan". ya! Bekalan.Bekalan setiap masa,detik,dan ketika.Kalau nak jalan jauh mesti ada bekalan.Betul tak? Prosesnya lama dan panjang.Perlu pada kekuatan mental dan fizikal.Setiap masa adalah ruang untuk berubah.Setiap detik adalah ruang untuk memperbaiki diri.Tarbiyyah mencakupi segala aspek dalam kehidupan.


Sikap.Emosi.Cara fikir dan semua yang terlibat dalam kehidupan.


Sehinggalah kita betul-betul ada rasa TAQWA dan mendapat penilaian yang "baik" dari Allah. Sampai kita mampu untuk lakukan segala sunnah Rasul Allah dan kita dapat sebatikan dalam diri menjadi "AKHLAK".


Dan..bukan atas penilaian "baik" dari manusia.Manusia itu banyak kekurangan.Biasanya manusia itu lebih kepada emosi,terikut-ikut dengan nafsu,perasaan .Maka,sudah pasti tidak ada jawapan yang tepat.Malah,setiap ukuran,nilaian dan hukuman dari manusia sentiasa diperdebatkan sesama manusia sendiri.Tak kan pernah habis dan selesai.Tak ada jawapan yang spesifik.


Proses PEMBAIKAN DIRI

Pentarbiyahan hakikatnya mengajar.
Subhanallah
, pada dia yang memberikan kesempatan untuk belajar.
Belajar menumbuhkan iman dalam hati. Lagi dan lagi.
Belajar mengurangkan kemaksiatan baik zahir atau tersembunyi.
Belajar membersihkan hati dan jiwa.

Dan, dengan lagi dan lagi itu, akan melonjaklah amal-amal yang datang dari ketakutan yang dibiarkan bebas. Lepas.
Tiada lagi terbelenggu dengan rasa tidak punya keyakinan, tidak bersemangat, tidak layak untuk memberi, tidak pandai, tidak hebat, dan kesemuanya yang pesimis.

Ya Allah..

Kata Imam Hasan Al-Basri:
“Iman itu bukanlah sekadar angan-angan dan bukan pula sekadar basa-basi dengan ucapan akan tetapi sesuatu keyakinan yang terpateri dalam hati dan dibuktikan dengan amal perbuatan.”


Belajar.
Dan mahu belajar lagi.

Amin.







binalah imanmu,
agar melonjak
amal-amal
dengan berani
dan teguh.

Allah..