Khamis, 25 November 2010

Nadwah Kepimpinan Pelajar 2010


Assalamualaikum sahabat serta rakan2.
Alhamdulillah exco2(cewahh) SMI AL-IRSYAD KUANTAN selamat tiba di Kuantan setelah melalui pengelaman di Kedah. Nadwah yang bertemanakan "Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH"

3 hari 2 malam membawa pengalaman yg sangat menarik dan prkongsian ilmu yg memenuhi buku2 dan hati2 setiap peserta. Bersama lebih 200 kepimpinan dari 15 buah sekolah islam berkumpul dan bersama menghadapi kesukaran dan pengalaman.


Hari pertama

Kami sampai di sg.petani dalam pukul 7.30am.Kemudian terus bergerak ke SMI al-Islah dan bertemu sahabat2 dari Al amin Bangi. Bersiap2 kemudian sarapan pagi dan rehat.Sampai lepas zohor,program pun bermula. Taklimat, depa habaq mcm2..cek tak taw nak tulih apa,denga' je la....=)) sepanjang program 3 hari 2 malam itu kena pakai baju sekolah (adoi! bawa sehelai je). Sampai agak2 dah penat dan habis nak bercakap, penerang pun berhenti dan rehat. Sementara tunggu orang lain solat asar.

Malam tu ceramah tentang Kepimpinan Hasan Al Banna. ada refleksi dan bincang sikit manifesto. Dalam pukul 12am dah ramai yang tidur,tapi saya masih *syok* berborak dengan TKU SMI Hidayah Jb.-Terbuka kejap minda- banyak input yang dapat.Insyaallah.....
Dalam pukul 2am baru pegang bantal.


Hari kedua

Kami semua telah dikejutkan pada pukul 5am,sempat untuk Qiamullail.Kemudian solat subuh yang diimamkan oleh wakil dari SMI Hidayah Ipoh dan tazkirah dr Al-Amin kemaman. Beriadah. Sarapan. Bermula slot ke dua dengan ceramah bertajuk.. macam mana nak pimpin masa?? atau tajuk yg lebih formal "Kepimpinan Masa".Penceramah dia mmg best,merupakan salah seorang dari pemuda IKRAM,iaitu Hj.Aminuddin Shuib. Dia bagi ceramah x ngantok.



Lebih kurang pukul 11am ada pula forum MPP...Irsyad dapat peluang jadi panel,tapi terpaksa ditolak sebab sekolah kami belum ditubuhkan lagi MPP( Majlis Perwakilan Pelajar) nak haba' apa kat depan tuh kalau depa tanya pasal MPP????,(terasing+ sedih je rase....sekolah lain semua dah ade MPP,sekolah kami je belum)=(( Kemudian diganti oleh panel dari kepimpinan SMI Hidayah JB, Al-amin gombak, dan Aman KB.


Lepas solat zuhur ada pula Pidato Manifesto MPP.Hazwani menjadi wakil bagi SMI Irsyad,kuantan dan balok(kata2 semangat: Tak pe x menang pun,boleh cuba lagi) hehe. Al-amin Gombak diwakili (cek x ingat nama depa)mndapat tempat pertama , Hidayah JB diwakili Haqqul Yaqin (KU SMIH JB) mendapat tempat kedua dan Al-ISLAH sg.petani diwakili oleh (ni pun cek x ingat nama depa) mendapat tempat ketiga dalam pembentangan manifesto nya.


TBC,makan malam dan solat Maghrib jama' sekali dengan Isya'.Tazkirah Maghrib disampaikan oleh wakil dari SMI Irsyad,syukran a.k.a cukak...(Hidup cukak WAHABI!!) haha,,


Malam ada Forum lagi sekali dan diperkenalkan akhi zubair, ust sazali dan ustzh azizah dan pengerusi oleh akhi Abdul rahman. agak seronok juga forum nya. Tapi sebab penat sangat..ada sebahagian mujahid serta mujahidah terlena dengan dilindungi rahmat dan dinaungi malaikat. insyaallah. =))



Sekali lagi merefleksi diri dan bincang untuk esok nya bersama kontinjen SMI Irsyad kuantan.



Hari ketiga


Bersiap,sesi photoshot, bersarapan dan dalam pukul 9.30am ada perbincgn utk MPP musleh. Buat surat kepada Sekolah,Pengarah Musleh, dan Perdana Menteri .. kemudian ada majlis penutup...Haqqul Yaqin (SMIH JB) jadi MC. Ustaz megat bagi ucapan... then tamat la program nye..
Disebabkan tiket bas pukul 8pm,jadi kami bercadang untuk jalan2 kt SP(hehe). Dalam pukul 7pm kami sampai di terminal.(Teringat idat duat tahun 2008)=) .Bas bawak x agak laju. air cond kuat nak menggigil. Tapi alhamdulillah drpd x ada. Dan semua selamat sampai rumah. insya allah.


Moga bertemu lagi sahabat nadwah dan semoga ukhuwah yg terjalin kekal di hati hingga ke syurga..


Ingatlah, kepimpinan ini amanah, titipan daripada Allah, laksanakan sebaiknya, demi redhaNya!




Jumaat, 19 November 2010

Sempadan Ketaatan



Hadith :

Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Tibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”

(Muslim)


Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Manakala kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan seharusnya tidak ada hijab yang menghalangnya. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus akan memberikan kita gambaran sejauh manakah sesuatu perintah seseorang ketua itu wajib ditaati. Sekadar pertimbangan akal semata tidak ada jaminan yang sesuatu perintah itu wajib dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional juga tidak memadai. Sekadar berpandukan orang ramai yang juga melakukannya juga belum ada jaminan ia selari dengan syarak. Justeru hanya sifat manusia yang memiliki jiwa hamba yang tinggi yang akan patuh dan taat kepada perintah Allah. Keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilih jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya......