Ahad, 26 Disember 2010

A child's Prayer

Kalau buat lagu ni sebagai lagu tema kursus kepimpinan best jugak kan?
..hehe..
remix tuh!
tinggi angan-angan
;)

End of holidays

Almost 2 months holiday. haihhh...apa yang saya buat eyh? hmm. YA-HOLIDAY-KALI-NI-PENUH-DENGAN-DRAMA! cops, its not drama telemovie kat astro ria or astro prima or drama kat tv 3 setiap sabtu malam tu. ini drama hidup. banyak gila benda jadi in my holiday. kalau nak cerita pun penat nak taip, but luckily, december save my life. i can breathe nicely now. thanks december (i should write a lyric and post to taylor swift and ask her to sing it. HAHA. dream it hafizah!)

if you guys have TOO MUCH TIME,DON'T EVER WASTE IT. rugi weh! sebab kalau dah ada masa terluang,baik baca buku2 pasal Wahabi(huhu),Hadis2,hidup para ulama'..kisah akhlak Rasulullah...dan etc.Sebab lepas ni,bila dah start sekolah,korang takkan gelabah dah bila kena panggil bagi tazkirah kat depan,(^^,)

NEVER ASSUME.NEVER EXPECT.JUST HOPE

Kadang2,manusia tu boleh berubah tanpa disangka-sangka kan? Betul.Saya tak sangka.Dan tak tahu dari mana ia datang dan bagaimana boleh terjadi.
Pengajaran: "Jangan pandang rendah pada orang lain"



FEEL GREAT . ACT GREAT . and APPROVE of YOURSELF

YES,

actually,

I CAN!

PERLU Bangkit!

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (Tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Rum: 30)

Asas iman, hati yang terang.
Asas ikhlas, jiwa yang bersih.
Asas semangat, perasaan yang mantap.
Asas amal, azam yang kuat.

Nak dapatkan semua ni, awak harus tau, dan selalu tau, apa yang harus awak buat.

Tiada kompromi.

Noktah.


Rasa Allah itu ada.
Mohon untuk belajar lagi.

Hati, jangan pernah letih.
Hanya ikhlas.
Hanya bila ikhlas.

:)

Khamis, 23 Disember 2010

kawan baju putih kain hitam tak pernah dilupakan.


first time mata ai nampak yu ai teros
tertarik dengan jam adidas yu.haha..
tapi tak sangka yu kawan baik ai sekarang
=')

bukan nak bising bukan jugak nak julang
tapi hakikat tiada yang baik yang ALLAH kurniakan selain dia
dia kawan waktu jatuh
dia kawan waktu gembira
dia jugak lawan di gelanggang untuk bertekak
tapi sikit pun tak pernah ubah hati untuk rasa benci

bila ai tau yu liverpool-rian ai jugak nak sebok jadi chelsea-rian (ah pelik gila bunyi.HAHA)
tapi ai tak terror bab bola, yu lagi expert.


ai pengawas sekolah. tapi kesian yu selalu kena buli.
ai la selalu buli yu(haha) tapi tak bermakna i'm using yu.
hakikat la kalau jadi budak senget macam ai.

yu suka gila mati dekat lagu2 zaman kita x lahir lagi
tapi ai mengantok bila dengar lagu dia

ai suka gila mati dengan movie harry potter
tapi yu siap nak bawak tilam bantal lagi bila ai ajak tengok movie tuh

sebab nya ai tahu, kita boleh kacip sampai sekarang
kita sama sama cool tak boleh buat apa dah(^^,)
kita sama sama tak suka CR7 sebab nampak sangat dia tak hebat mana pun
kita sama sama tahu SPM tu kacang kuda
dan ai nak yu tahu kita sama sama ada 5 orang "best friend" yang hebat!
=D


ok, terimakaseh nenda si tukang bebel sampai ai tadak chance nak bebel jugak."

Selasa, 14 Disember 2010

Percaya


"Be a strong Muslim that have confidence, trust in Allah, and never loose hope."


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." Al-Baqarah:286


Insyaallah! saya juga boleh jadi yang terhebat!

Isnin, 13 Disember 2010

HAIKAL





Comel kan?
..hehe..





Hidup


Bukan hanya sekadar dinikmati.
Perlu fikir.
Jiwa masih kosong.
Pencarian diri kini bermula.
Ikhlaskan HATI
Tundukkan HATI
Rendahkan HATI
Segalanya milik ALLAH
Datangnya kerana ALLAH
Semuanya dari ALLAH
"TARBIYYAH bukan segala-galanya,tetapi segala-galanya bermula dengan TARBIYYAH"
..Ya ALLAH,kuatkanlah aku pada jalanMu...
Bantulah aku untuk faham dan faham lagi
Beramal dan beramal lagi
Sampai bila-bila pun
AMIN

Rabu, 1 Disember 2010

Transformasi ekonomi ke macam ni?

Assalamualaikum..

Wah,lambat betul saya tidur malam ni,ini semua gara2 MPP. ya! MPP @ shortcut orang panggil Majlis Perwakilan Pelajar hehe ,sebab dia lah saya bertungkus lumus menyiapkan kertas cadangan ini....cadangan untuk menubuhkan MPP SMAI 2011,amacam? smart tak? huhu... tapi tak apa bila lagi nak dapat pengalaman kan? sekali sekala berkorban,Insyaallah tak rugi. Lagi pun MPP ni bagus apa? Banyak manfaat yang boleh kita dapat selain memupuk semangat kerjasama antara semua pihak dalam menggerakkan badan2 yang ada kat sekolah tu. Namun disini,bukanlah niatku untuk bercerita mengenai MPP,sebabnya saya ada berita yang lebih menarik untuk dikongsi bersama anda!

Sedang saya melayari laman-laman sesawang yang ada diatas muka bumi ini untuk mencari format kertas cadangan,terjumpalah "kertas cadangan penuh pembinaan kelab malam ".





Saya jemput anda2 semua supaya mari kita perhatikan satu persatu, kemudiannya fikirkan sejenak rasionalnya kewujudan kelab malam di negara kita.


EPP 8: Mewujudkan Kawasan Hiburan Khas

Tindakan

Kami menyasarkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti malam yang lebih meriah di Malaysia di mana hiburan aktiviti malam terpilih dijangka menyumbangkan tambahan pendapatan daripada RM600 juta kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Untuk mencapai hasrat ini, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan untuk merangsangkan pembangunan industri dengan

• Memisahkan kawasan hiburan khas untuk mengurangkan sebarang impak buruk kepada penduduk tempatan kerana kawasan tersebut dibangunkan terutamanya untuk memenuhi permintaan pelawat asing

• Membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

• Mengurangkan nisbah artis tempatan dengan artis asing berbanding dengan syarat yang ditetapkan dalam garis panduan semasa PUSPAL

• Melanjutkan tempoh sah visa bekerja bagi artis dan krew asing berdasarkan jenis persembahan (iaitu persembahan sekali sahaja (one-off), pancaragam dengan kontrak jangka panjang atau pertunjukan produksi jangka panjang) Untuk diiktiraf sebagai zon hiburan, kriteria yang berikut perlu dipatuhi:

• Memenuhi keperluan kalis bunyi sebagaimana yang didefinisikan oleh kod bangunan pihak berkuasa tempatan;

• Mencapai skala minimum purata 1,000 pelawat setiap malam di sesebuah zon hiburan;

• Memastikan kebolehcapaian pengangkutan dan infrastruktur yang mencukupi (contohnya tempat letak kereta, teksi dan bentuk pengangkutan yang lain);

• Ketersediaan rondaan yang mencukupi oleh pasukan polis atau firma keselamatan swasta untuk
memastikan keselamatan awam di kawasan berhampiran; dan

• Terletak pada jarak minimum 100 meter dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Lima bandar telah dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan khas: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Memandangkan Kuala Lumpur bakal menarik lebih banyak ekspatriat, aktiviti hiburan yang lebih meriah merupakan suatu unsur daya boleh huni (liveability) yang penting. Kawasan hiburan yang sedia ada adalah tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.


Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market. Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

362 Bab 10

Memperkasakan Industri Pelancongan

Pewujudan kawasan hiburan baharu akan ditadbir oleh Bahagian Pelan Induk DBKL. DBKL akan bekerjasama dengan badan-badan berkaitan untuk menarik pengendali kelab malam untuk melabur dalam zon hiburan yang diwartakan. Sementara itu, Bahagian Pelesenan DBKL akan bertanggungjawab membantu memudahkan pengeluaran lesen-lesen bagi kelab malam untuk memulakan operasi di dalam kawasan yang dikhaskan.

Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang akan diperlukan adalah RM276 juta dan kesemuanya akan dibiayai oleh sektor swasta.

Impak

Enam buah kelab malam baharu, setiap satunya dengan kapasiti untuk menampung sekurang-kurangnya 900 pengunjung kelab setiap hujung minggu disasarkan untuk memulakan operasi pada awal tahun 2012.
Dua buah kelab malam akan memulakan operasi pada tahun 2013 dan 2014 masing-masing. Menjelang tahun 2014, sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan terdapat di dalam zon hiburan baharu. EPP ini dijangka menjana impak PNK sebanyak RM0.7 bilion dan kira-kira 5,614 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.


Baiklah, mari kita kaji satu persatu, kertas cadangan ini,

Tujuan : adalah untuk mencari keuntungan semata2, persoalan disini ialah apakah sudah tiada cara lain untuk mencari rezeki dengan cara yang lagi halal dan diredhai oleh Allah swt? Apakah kita berada di zaman darurat sehingga arak, khinzir, dan yang haram boleh digunapakai dalam situasi ini?


Persoalan : Kawasan tersebut di bina utk memenuhi keperluan pelancong asing? adakah semua pelancong asing kita adalah mat salih yang bukan beragama islam semata2? adakah kerajaan mampu boleh mencegah rakyat malaysia mengunjungi tempat itu? sedangkan kelab malam yang sedia ada ini pun tidak terjaga kan? apakah cara2, ataupun lebih tepat, langkah2 yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan orang islam sama sekali tidak mampu menjejakkan kaki di sana? ini termasuk, berniaga, berkerja dan berhibur. apa jaminan yang mampu kerajaan berikan kepada kami khususnya rakyat muslim malaysia.


Persoalan : Apakah yang dimaksudkan dengan mengurangkan nisbah artis tempatan dan artis asing?


Persoalan : Minimun 1,000 pengunjung bagi setiap satu kelab malam? 6 kelab malam 6 X 1,000 = 6,000 satu malam pelancong asing? aii mampu ke neh?


Persoalan : Kenapa nak menggunakan khidmat polis utk menjaga kelab malam? kerja yang sedia ada ni pun polis tak tertanggung, masalah sosial, kadar jenayah, tak habis-habis, lagi mau menyemakkan polis untuk menjaga kelab malam pula.. aiii.. menyusahkan polis dan pembayar cukai la. Yelah, mungkin polis akan minta kenaikan gaji, dan mungkin pula kerajaan terpaksa naikkan cukai, almaklumla kebanyakkan polis adalah muslim, mungkin mereka tak redha dapat gaji dari sumber cukai kelab malam.


Persoalan : Jarak mininum 100 meter? tahu ke 100 meter tue seluas mana? ke salah tulis, 1000 meter? uihhhhh jauh nya dari tempat keagamaan dan kawasan perumahan.. jauh betulll..! jauhhh la sesangat.. kan?


Persoalan : Boleh la saya katakan bahawa kertas cadangan ni celaka(kasar kot bahasa)! Mula2 dia kata nak bina pusat kelab malam untuk pelancong warga asing, lepas tu dia kata pula, kawasan di kl, kadar penghunian utk berhibur terlalu sesak akibat kekurangan tempat untuk berhibur? (penghuniaan = rakyat malaysia kan?).


Persoalan : Pembiayaian projek ini datang dari modal swasta, ini jelas apabila keterlibatan swasta dalam hal ini, mereka hanyalah mensasarkan keuntungan semata-mata, jangan harap mereka akan mempedulikan kebajikan rakyat malaysia, percayalah.


Persoalan : At this time, mestilah mereka memberikan alasan bahawa kaum cina, india, non-muslim seharusnya diberikan peluang utk berhibur. Mesti punyalah, asal yang jahat, buruk, negative, hiburan songsang, dadah, arak, zina, kelab malam, kondom, mestilah akan dikaitkan untuk memenuhi nafsu dari golongan-golongan ini, namun ketika stastistik terpampang di depan mata, dalam akhbar, keluar tv, kaum melayu dan kaum islam la yang paling ramai berzina, minum arak, hisap dadah, hamil luar kandungan dan sebagainya, so apa relevan nya pusat ini dibina jika pada masa akan datang, melayu muslim akan semakin terpesong?


ETP ada pelbagai cadangan untuk memajukan dan transform malaysia ke arah sebuah negara yang maju, berdaya saing, makmur dan kaya. Namun, kita sebagai rakyat, hanya akan menegur ETP yang jelas terpesong dari agama dan nilai2 kemanusiaan. Salah satu contoh ETP yang kita boikot dan tentang 100% ialah etp kelab malam, yang dipercayai datang dari Ng Yen Yen, dan diluluskan pula oleh Najib sebagai perdana menteri malaysia.(Sungguh keji!)


Sesungguhnya Hidayah itu milik ALLAH.....
berdoalah semoga Perdana Menteri Malaysia diberikan petunjuk dan jalan yg lurus,
Amin...