Khamis, 30 September 2010

kata dulang paku serpih kata orang kau pun sama

salam alaik...

malam ni sungguh tenang, alhamdulilah...
tapi ada something yg masih menyerabutkan kepala,
kadang karma itu betul. apa yang kita kata kat orang kena balik kat kita. sebab tu orang selalu berpesan, jangan sedap mulut nak cakap kat orang lain nanti terpaku diri sendiri. dan ia tak dapat nak di nafikan =,='

cuma sekarang i nak gelak besar dekat sorang budak nih. gila sedap paku orang tapi tak sedar kena balik paku tu kat dia. tak pa la kau. kau rasa kau bagus sangat kan, go on la dengan life kau yang suka paku memaku tuh. tapi ingat lah wahai budak, ramai lagi sedang gelak maki hamun kutuk kau sebab perangai kau yang annoys belagak macam gunung tuh.



belajarlah menghormati orang ea,
haha.haha.

Rabu, 15 September 2010

jangan palsu kan hati kerana di akhir cerita kau yang merana diri.

zaman sekarang mulut dan mata pandai menipu. bila di tanya ok ke tidak hangguk laju tapi hati menggeleng. semua orang pandai palsukan mata dan mulut tapi tidak dengan hati. sebab hatilah organ utama yang mempunyai semua jenis perasaan.

bukan senang nak lupakan orang yang pernah kita suka. yang pernah singgah buat seketika. yang banyak memori dan cerita antara dia dan kita. yang banyak kongsi suka dan duka. tak semudah itu hati nak menafikan kita dah buang dia jauh jauh. walaupun kita pernah menyatakan bahawa kita dah lepaskan segalanya tapi hati kecil tetap ingat semua kisah kisah lepas. dengan siapa kita suka. dengan siapa kita gaduh. sebab tu setiap kali kita give up dengan semua benda ni, tak nak suka dia dah, tak nak ingat dia dah tapi di akhir cerita dia tetap kita ingat sebab hati tak pernah palsu. perasaan semuanya betul. kita lari sekarang tapi hati tetap kejar di belakang sampai lah satu saat hati menerima ianya bukan lagi perkara yang perlu di ambil berat. maksudnya dia bukan jodoh kita.

derita memang perit. telan yang pahit hilang yang manis. tapi lagi sakit kalau hati di palsu hidup hidup. lepaskan semua pahit di hati sebab itu saja ubat untuk tenangkan keadaan. fahami keadaan hati baru hidup tak seperti mati diri. hati jugak punyai hak untuk luahkan segala isi,luahkan pada yang punya hak...iaitu padaNya, kerana Dia lah pengubat segala-galanya......


~perasaan pelik~

Isnin, 6 September 2010

Meniti Perjalanan Hidup



Nota Cinta~ Saujana~



Bismillah...alhamdulillah 'ala kulli hal wa astaghfirullah min kulli zanbi.
Bersyukur dan bersabarlah atas setiap kejadian yg menimpa dirimu kerna itulah rahsia kejayaan generasi auliya'
Setelah beberapa meninggalkan dunia blog, kembali dengan perjumpaan cerita2 mengenai kepimpinan dan ramadhan. Melayari satu persatu blog insan di dunia ini, membuatku mengerti dan mungkin juga masih mencari ke arah apa hala tuju blog ini.
Namun buat masa ini aku lebih cenderung untuk mengisahkan pengalaman diri yang kian mendewasakan fikrah.


Satu kata2 melalui pelayaran blog...yang benar dalam kebenaran pasti akan diuji dengan halangan yang hebat,"Kalau tak diuji lagi bermakna masih ada yang kekurangan". Ya Qawwiy ku mohon diberi kekuatan dalam segenap aspek hidupku. Mahu cemerlang dunia dan akhirat.


Disaat diri diuji,mampukah kita masih terus berdiri tanpa merasa sedikit goyah pun?
kuatkah kita untuk terus yakin padaNya?

Kenapa kita tidak melihat pada pemuda berusia belasan tahun mengimpikan syahid dan tak pernah gentar mendepani sebuah kereta kebal dengan tangan erat mengenggam seketul batu kecil? hati terjentik. Kagum. Apabila melihat pendirian mereka yang tak peduli meski diganyang sepenuh emosi dan apabila melihat mereka mengibarkan bendera tanah air meskipun dunia manafikan kewujudannya yang bernama Palestin, hati terjentik. Kagum. Kadang-kadang turut tertanya-tanya dalam diri, apakah yang membuatkan mereka berjiwa besar mendepani ujian ini ? Apakah yang memotivasikan diri mereka selama bertahun-tahun ini ? Apakah.. ?



"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" - [2:214]


Yakin!!!


YA!
Yakin
pada janji Ilahi.
Yakin bahawasanya Allah s.w.t menyebelahi mereka. Sentiasa.
Yakin yang bukan yakin hangat-hangat tahi ayam, tetapi yakin yang sememangnya sebenar-benar yakin, lumat dalam hati.



Kita semua wajar meletakkan dalam diri bahawasanya perancangan Allah swt mengatasi segala sesuatu. Dan ketetapan Allah swt sahajalah yang terbaik serta sarat dengan hikmah untuk kita renungkan.



Hey diri ;
Belajarlah daripada mereka, nun di Palestin sana.
Belajarlah daripada mereka, definasi yakin yang sebenarnya.
Sesungguhnya Allah swt menyebelahi kita – selagimana kita menyebelahiNya !