Rabu, 15 September 2010

jangan palsu kan hati kerana di akhir cerita kau yang merana diri.

zaman sekarang mulut dan mata pandai menipu. bila di tanya ok ke tidak hangguk laju tapi hati menggeleng. semua orang pandai palsukan mata dan mulut tapi tidak dengan hati. sebab hatilah organ utama yang mempunyai semua jenis perasaan.

bukan senang nak lupakan orang yang pernah kita suka. yang pernah singgah buat seketika. yang banyak memori dan cerita antara dia dan kita. yang banyak kongsi suka dan duka. tak semudah itu hati nak menafikan kita dah buang dia jauh jauh. walaupun kita pernah menyatakan bahawa kita dah lepaskan segalanya tapi hati kecil tetap ingat semua kisah kisah lepas. dengan siapa kita suka. dengan siapa kita gaduh. sebab tu setiap kali kita give up dengan semua benda ni, tak nak suka dia dah, tak nak ingat dia dah tapi di akhir cerita dia tetap kita ingat sebab hati tak pernah palsu. perasaan semuanya betul. kita lari sekarang tapi hati tetap kejar di belakang sampai lah satu saat hati menerima ianya bukan lagi perkara yang perlu di ambil berat. maksudnya dia bukan jodoh kita.

derita memang perit. telan yang pahit hilang yang manis. tapi lagi sakit kalau hati di palsu hidup hidup. lepaskan semua pahit di hati sebab itu saja ubat untuk tenangkan keadaan. fahami keadaan hati baru hidup tak seperti mati diri. hati jugak punyai hak untuk luahkan segala isi,luahkan pada yang punya hak...iaitu padaNya, kerana Dia lah pengubat segala-galanya......


~perasaan pelik~

1 ulasan:

Feeq berkata...

insyaAllah..agree..