Ahad, 29 Mei 2011

u are special one


Dia selalu ada kat sisi saya bila sedih, gembira, marah
selalu bagi semangat bila saya makin penat nak kejar semua benda
selalu bagi nasihat yang sangat berguna melalui leteran2 xD
yang selalu ajar saya macam mana nak masak
yang akan dengar luahan hati saya bila tak puas hati dengan orang lain
yang akan bagi duit tiap-tiap hari tanpa mengeluh sikit pun
yang akan ....
(tak tertulis kalau nak tulis semua)

Dialah yang PALING istimewa
beruntung saya dapat ma macam ni
U ARE SPECIAL ONE FOR ME

I <3 U ma ..(^^,)


Ya Allah ya Rabb. Kau panjangkanlah umur ibuku. Kau rahmatilah hidupnya. Limpahkanlah rezeki yang baik untuknya. Permudahkanlah segalaurusannya. Panjangkan juga umurku supaya aku sempat untuk membalas segala jasanya. Berkati dan rahmatilah aku. Makbulkanlah permintaanku Ya Allah

Jumaat, 27 Mei 2011

He knows the BEST for me!

Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk lakukannya sekali lagi. mungkin Allah nak didik hati ni untuk Redha dan berlapang dada. buang perasaan yang negatif dan jauhkan diri daripada sikap orang yang lemah. Allah tak suka orang yang mudah putus asa. optimist, please! *dush dush. terasa macam jatuh terus ke bawah bila kita dah selesa berada kat atas bukit*

jadilah orang yang bersyukur. jangan pernah berhenti berusaha :)

banyak nak kena muhasabah. terasa diri ni banyak sangat kelemahan dan kekurangan. mungkin ada perkara lagi yang tak settle dengan Dia. mungkin ada perkara lain yang Dia tak redha. God wants me to share. out ~

p/s: deeply inside, T_T. ya Rabb, when i am so weak, give me strength.

Sabtu, 21 Mei 2011

Tak puas hati, so?

meh ar tumbok,! (haha..gurau je)
betul orang cakap, hidup atas dunia ni, nak puaskan hati semua orang tu MUSTAHIL.
dan kalau orang tak puas hati dengan diri kita, tak boleh nak buat ape?
..REDHA..
cuba perbaiki kelemahan diri sendiri
mungkin memang kadang2 tu sikap kita yang OVER buatkan orang lain tak suka, kan?
well, not all of us is PERFECT! u should know that

err maybe I could change it, *because Positive anything is better than Negative nothing!*

am I,
too STRONG to be STRONG ?
too GOOD to be GOOD ?


Those questions that we'll kept questioning to ourselves, sometimes.
then He gave [me] the answer,

" That Allah may forgive you your sins of the past and the future, and complete His Favour on you, and guide you on the Straight Path; "
[48:2]


and now
cari purpose of life

kena define dulu makna hidup
baru boleh decide kita nak hidup untuk apa.


Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana.


Contengan Jalanan, Hlovate.

Sabtu, 14 Mei 2011

HB untuk diri sendiri, ;)


Bismillahirrahmanirrahim...

"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".


Terima Kasih ya Allah.
kerana beri peluang pada diri ini untuk terus bernafas,menjalani kehidupan,..


Sedikit tersenyum mungkin,karena begitu banyaknya teman-teman yang mendo’akan agar Allah memberkahi usia dan sisa umurku. Inbox phone dan di dinding akaun fecebookku telah dipenuhi ucapan selamat dan do’a. jazakallah khair atas do’a teman-teman semuanya...

Tak sangka, ukhuwwah itu, jika di dalami dengan mata hati sebenarnya cukup indah. Tak perlu ungkapkan dengan kata-kata..kerana masing-masing punya hati untuk merasa.

Sedar tak sedar,mereka sebenarnya adalah kekuatan.
Sentiasa memberi semangat tak kira situasi.

Persahabatan yang diwarnai dengan warna-warna keikhlasan dan kejujuran adalah persahabatan yang sangat suci perhubungannya. Tiada kepentingan diri dan tiada di dalam hati untuk mengaut kepentingan diri atau apa-apa yang bersifat duniawi.

Dan, sebenarnya ukhuwah ini juga adalah bekalan yang terbaik untuk dipersembahkan dihadapan Allah SWT kelak.

“ Pada hari itu sahabat-sahabat karib : Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persaudaraannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” [2]

Ya Allah. Hidup suburkan Islam di dalam diri kami. Bukan sekadar di hujung lidah kami.
hanya padaMu aku memohon
tetapkan hati kami di jalanMu
ameenn


SELAMAT HARI LAHIR YG KE 17 BUAT
NURUL HAFIZAH MD ZAID
SEMOGA DENGAN BERTAMBAHNYA UMURMU
MEMBUATKAN ANDA LEBIH MATANG DALAM
BERTINDAK,BERFIKIR DAN YG PALING PENTING
TAHU TUJUAN HIDUP !



Isnin, 2 Mei 2011

BANAT menang lagi!



Syukur sangat sangat2 !!
Alhamdulillah..
Juara MPI tahun 2011 dipegang oleh BANAT!
walaupun MELATi bukan juara, i tak kesah,
janji BANAT MENANG!

aha, GO GO CEMPAKA & MELATI GO !!!!

kite celebrate sesame eyh nnty cempaka, huhu

Keputusan Minggu Persada Ilmiah 2011

  1. Cempaka
  2. Lotus
  3. Melati
  4. Raflesia
  5. Ixora