Sabtu, 14 Mei 2011

HB untuk diri sendiri, ;)


Bismillahirrahmanirrahim...

"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".


Terima Kasih ya Allah.
kerana beri peluang pada diri ini untuk terus bernafas,menjalani kehidupan,..


Sedikit tersenyum mungkin,karena begitu banyaknya teman-teman yang mendo’akan agar Allah memberkahi usia dan sisa umurku. Inbox phone dan di dinding akaun fecebookku telah dipenuhi ucapan selamat dan do’a. jazakallah khair atas do’a teman-teman semuanya...

Tak sangka, ukhuwwah itu, jika di dalami dengan mata hati sebenarnya cukup indah. Tak perlu ungkapkan dengan kata-kata..kerana masing-masing punya hati untuk merasa.

Sedar tak sedar,mereka sebenarnya adalah kekuatan.
Sentiasa memberi semangat tak kira situasi.

Persahabatan yang diwarnai dengan warna-warna keikhlasan dan kejujuran adalah persahabatan yang sangat suci perhubungannya. Tiada kepentingan diri dan tiada di dalam hati untuk mengaut kepentingan diri atau apa-apa yang bersifat duniawi.

Dan, sebenarnya ukhuwah ini juga adalah bekalan yang terbaik untuk dipersembahkan dihadapan Allah SWT kelak.

“ Pada hari itu sahabat-sahabat karib : Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persaudaraannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” [2]

Ya Allah. Hidup suburkan Islam di dalam diri kami. Bukan sekadar di hujung lidah kami.
hanya padaMu aku memohon
tetapkan hati kami di jalanMu
ameenn


SELAMAT HARI LAHIR YG KE 17 BUAT
NURUL HAFIZAH MD ZAID
SEMOGA DENGAN BERTAMBAHNYA UMURMU
MEMBUATKAN ANDA LEBIH MATANG DALAM
BERTINDAK,BERFIKIR DAN YG PALING PENTING
TAHU TUJUAN HIDUP !



1 ulasan:

Unknown berkata...

selamat hari lahir Fizah. he