Jumaat, 24 Jun 2011

Ikhlas ni susah


Salam alaik,

Rasa nak berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang saya pelajari dari hari ke hari, masa ke masa.Tentang Ikhlas,.hmm... tipulah kalau saya cakap saya orang yang paling ikhlas. Saya sendiri tak tahu sama ada saya ikhlas atau tak.

"Ikhlas ke aku pegang kepimpinan sekolah selama ini?",
" Ikhlas ke aku buat semua kerja2 tu dulu ? ",
" Ikhlas ke bersahabat dengan dia?" ,
" Ikhlas ke memberi tanpa meminta kembali ?"


Mungkin saja ini bicara paling munafiq saya kelmarin. Tentu saja sahabat saya mendengar dengan penuh rasa menyampah. Saya sendiri pun menyampah!

Orang ikhlas ni buat kerja tulus hanya untuk Allah. Kadang-kadang kita rasa kita ikhlas, sebenarnya tidak.

Ikhlas ni lawan dia Riya', Sum'ah, Ujub.

Riya' ni mudah je kita nak tahu. Bila kita rasa semangat nak beramal depan orang lain. Tiba-tiba je rajin solat sunat. Rukuk pula bukan main lama. Sujud apatah lagi, sampai melekuk lantai ditenyehnya.

Sum'ah lebih bahaya. Kita buat amal dalam keadaan tak ada orang disekeliling. Tapi kita rasa suka bila amal kita ni orang tahu dan duk sebut-sebut. Jadi teladanlah kononnya. Hati rasa berbunga-bunga bila orang sebut kita ni seorang yang jaga ibadah malam, sentiasa beristighfar dan sebagainya. Ini Sum'ah namanya.

Kalau kita terlepas daripada Riya' dan Sum'ah pun, ada yang lebih dahsyat lagi. Iaitu ujub. Haa yang ni bukan antara kita dengan orang lain, tapi kita dengan bisikan diri sendiri. Rasa ajaib dengan diri sendiri sebab kita mampu istiqamah dengan solat dhuha setiap hari. Pelik pun ada, kita mampu bangun malam 2,3 kali seminggu.

"Aku ni wali Allah ke?"
"Pelik, aku ni ahli syurga dah kot ni.."

Soalan ni duk berdetik dalam hati dan fikiran.

Nah, ini lah musuh-musuh ikhlas. Susah sungguh nak capai tahap ikhlas nih. Kalau terlepas daripada ketiga-tiga 'musuh' ikhlas ni pun belum tentu lagi kita dah ikhlas. Saya menulis ni pun entah ikhlas atau tak. Ikhlas ni sangat mendalam. Ianya rahsia dalam rahsia. Kalau kita rasa kita dah ikhlas pun belum tentu lagi kita dah mencapai ikhlas.

Amalan tak ikhlas lebih teruk daripada debu. Tak ada nilai. Bahkan debu pun lebih baik, sekurang-kurangnya boleh juga guna buat tayammum.

Tapi jangan kerana takut tak ikhlas kita terus tak mahu beramal. Itu lebih sesat dan menyesatkan. Allah telah memberikan pedoman pada kita. Buatlah sebaiknya.

"Bekerjalah kamu, maka Allah akan menilai perkerjaanmu itu.." (At-Taubah:105)


Beramal itu tugas kita, menerima dan menilai itu hak Allah. Beramallah sehingga kita letih nak buat maksiat.


Ya Tuhan kami,
Engkaulah tujuan kami

Tiada ulasan: