Jumaat, 4 Mac 2011

Kuatkanlah HATI itu.


“ Jika diuji oleh Allah SWT, pandanglah dan hadapkan diri melihat sirah baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah insan yang diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian, mehnah dan dugaan hidup. Ambillah, contoh baginda dalam mengharungi semua ini.”

Mengimbau sirah-sirah baginda – Rasullullah SAW yang pernah dipulaukan oleh kaum musyrikin, dihina oleh kaumnya sendiri , dicerca dengan cercaan yang mencengkam jiwa, dituduh gila secara serangan fizikal serta mental, menerima tentangan demi tentangan yang hebat impaknya dan pelbagai bentuk penyeksaan kejiwaan.

Ada Rasulullah SAW merasa kecewa dan mengalah?

Meninggalkan seruan dakwah dan terus berputus asa?

Mengeluh, merungut dan membebel seperti kita?

Tidak.

Tidak.

Malah, tidak.

Namun, baginda Rasulullah SAW bersabar dan bersabar. Baginda tekun dengan usaha dakwahnya dengan penuh keyakinan.

Jadi,belum cukupkah Rasulullah itu untuk kita jadikan teladan?

Melihat bagaimana Baginda yang agung itu tetap tenang, dan sentiasa mengukirkan senyuman manis. Tatkala, para sahabat ditimpa musibah yang menggugah jiwa – Rasulullah SAW meniupkan kata-kata semangat, motivasi dan bicara inspirasi keimanan pada mereka.

“ Barang siapa yang cita-citanya adalah akhirat, nescaya Allah akan memberikan kekayaan dalam hatinya, mempersatukan wataknya, dan dunia akan datang kepadanya sedang dia tidak menyukainya.”


Ayuh lah teman, sahabat seperjuangan..

BANGUNKAN JIWA!
SEGARKAN HATI!
JANGAN PUTUS ASA!

Sesungguhnya,jika benar niatmu untuk jalan Allah, pasti Dia akan membantu..







Saya tahu,
dan saya yakin,
awak boleh lakukan yang terbaik.
Letakkan kepercayaan pada diri sendiri.

Inshaallah.




Tiada ulasan: