Jumaat, 4 Mac 2011

Luar biasa


“Untuk menjadi manusia luar biasa, kita perlu keluar dari perangkap orang biasa; makan minum kita, tidur baring kita dan persekitaran kita mestila luar biasa hingga menimbulkan kekuatan luarbiasa pada diri kita. Kesusahan dan tekanan akan mengasah azam dan daya juang serta membangunkan kekuatan untuk menongkah arus kehidupan yang penuh kesukaran dan halangan.”

dipetik dari: Langit Ilahi

Ya, benar kesusahan, kepayahan, kejerihan, kepenatan dan segala bentuk kesukaran – yang banyak mendidik jiwa dan hati kita.

Ia adalah laluan yang mengasah, mengilap dan meningkatkan daya juang yang tersemat disebalik kekerdilan jiwa kita.

Dan, sedarlah bahawa kesenangan, kemewahan, kekayaan dan hidup bersantai-santai tidak pernah mendidik dan mengesani hati kita. Malah – ia sebenarnya melemahkan jiwa, kemahuan dan perasaan kita sehingga menjadikan kita insan yang hina dan tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi Allah SWT.

..KEJAYAAN ITU DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA..


Subhanallah...

Hilangkan gusarku,
padamkanlah dukaku.
Yakinlah,
Kau ada untukku.

Ameen
.

Tiada ulasan: