Sabtu, 30 Julai 2011

its hard


Consider how hard it is to change yourself and you’ll understand what little chance you have in trying to change others.

'
Apa punya beza antara semua ?
Dirimu bukanlah diva mahupun raja,
Buat ku sanjung menunggu patih,
Takuk dirimu pangkat durjana,
Engkau hanya sahabat dunia.

Namun,
Tidak pernah ku leka,
Setiap saat kau terluka,
Setiap detik kau kecewa,
Setiap ketika kau dihina,
Setiap kala kau berduka,
Engkau SAHABAT terpilih.

Namun,
Seringkali aku kau injak,
Setiap saat ku dilupa,
Setiap detik ku dihina,
Setiap ketika ku dicaci,
Setiap kala ku dimaki,
Engkau MUSUH tercinta.

Dirimu begitu berani bertambah dengki,


Selama ini ku semai benih kasih,
Ku jaja kisah manis tentangmu,
Namun apa balasan mu ?

LUDAHAN BASI BERULAMKAN EJEKAN
:: HIDUP MEMANG BEGITU ::

Ada kawan mengkhianat taulan,
Ada sahabat mencaci kawan,
Ada rakan mengumpat teman,
Ada teman menghina sahabat,
Ada taulan mencerca rakan.
PERSAHABATAN – Bukannya Mudah



Ada ketika,

Ada saat,
Ada kala,

Ada detik,


Terbina lama hubungan suci
,
Namun dihapus mandatori keji .

sekian.

2 ulasan:

Unknown berkata...

hafizah ada potensi dalam sastera...apa kata ketengahkan puisi2 hafizah dalam e sastera?

muallimah pun ada hantar juga puisi2 dalam e sastera tapi tak banyak....kat sana ramai sasterawan hebat2, diorang boleh komen untuk perbaiki lagi puisi kita...:)

NURUL HAFIZAH berkata...

ya Allah muallimah, sastera? adoi... x minat,, ini hanyalah sekadar luahan hati yang sudah lama dipendam .... (^^,)