Ahad, 22 Januari 2012

Hazihi sabili

In the name of ALLAH,the Compassionate,the Merciful

katakanlah [Muhammad] ;inilah jalanku. aku dan orang-orang mengikutiku mengajak [kamu] kepada ALLAH dengan yakin,MAHASUCI ALLAH,aku tidak termasuk orang-orang musyrik.[12;108]

Alhamdulillah, Allah masih bg nikmat untuk hidup hingga ke hari ini, syukur . Saya merupakan salah seorg alumni Irsyad, pengalaman di sana cukup banyak, dan membuatkan saya rindu untuk masuk sekolah semula even dah tamat zaman sekolah tu. 


Bagi yang pertama kali jejak ke IRSYAD,bagi insan yang punya high expectation akan mengalami;

  • eewww,,,??!
  • rasa nak keluar balik
  • apa sekolah ni..

the question is...why?
ma saya "bayar beribu-ribu. rugi belajar 11 tahun kat Irsyad. keluar tak jadi apa"
jadi apa? angkat kening sebelah.

"khalifah atau sekurang-kurangnya manusia" manusia dalam konteks memenuhi fitrah. fitrah sukakan kebaikan. fitrah mahukan yang terbaik. kalau ada yang tak rasa fitrah yang ALLAH bagi tu.err...mungkin boleh check balik chromosome ada berapa kot..

persoalanya..bagaimana nak jadi insan super hebat dengan bi'ah yang [dot] [dot] [dot] macam sekarang ni?
bi'ah yang paling simple.tapi susah sangat nak ubah.

 'SALAM'


dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan [salam] maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik,atau balaslah[penghormatan itu yang sepadan] dengannya. sungguh,ALLAH memperhitungkan segala sesuatu. [4;86]
sejuk hati dengar orang menghormati kita. dan lagi sejuk bila kita menghormati orang lain kerana itu lebih afdhal. budaya 'maka' kita boleh ikut,budaya menghulur salam? sangat beruntung kepada orang yang establish sesuatu budaya. jika baik,pahala InshaALLAH masuk. saya tidak mahu menjadi thomas edison yang mencipta lampu tetapi tak ada apa yang beliau dapat melainkan nama.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

[Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya]

rugi kamu,wahai thomas edison..
jadi..jom IRSYAD lebih memberi salam! perkara ini tak akan berlaku kalau semua tak buat. anyway..daripada buat ketupat disiang hari meskipun wavefront and ter refract ke atas..lebih baik banyakan zikr. dan salah satu daripada zikr memberi salam. zikr ingat ALLAH. bila kita menyebarkan kebaikan dan mendoakan kesejahteraan orang lain,poket pahala inshaALLAH terisi.


LAGU ?

boleh ke tidak dengar lagu-lagu kategori bukan soleh ni?


Personally, bagi saya tak salah. 
kalau lagu-lagu yang sedemikian rupa tak bawa diri ingat pada TUHAN,lebih afdhal tinggalkan. (terasalah seyh.)
kata kunci :ingat pada TUHAN dengan kata lain tidak lagho.
lyrics tu semua kena jaga. kalau ikut cara saya,baca dulu lyrics. tak ada unsur [dot] [dot] [dot] dan sekalian kawan-kawanya terutamanya melibatkan agama,baru search lagu dekat youtube. cumanya,kalau rasa rentak dia ganas sangat,hati-hatilah...takut frequency terlampau tinggi and reach your eardrum natural frequency,resonance might occurs.

telinga yang kita ada sekarang milik ALLAH. banyakan syukur dan jangan kufur.

sesungguhnya ALLAH membela orang yang beriman. sungguh,ALLAH tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat [22;38]

hati yang tenang sentiasa berhubungan dengan ALLAH. hati yang sukakan kedamaian akan mencari elemen-elemen sisi yang membawa kearah sakinah. well....

I know you can make it,
Go ahead and take it

this is me. this is my way.
jom bertransformasi.

"PAKAIAN , (TUDUNG LABUH) "

Ni lagi satu masalah x boleh ubah .
masa saya sekolah dulu,ade junior pernah cakap dekat saya.
"akq,saya panas  pakai macam ni?" long sleeve dengan tudung yang labuh..rimas, sebab tu saya pakai tudung singkat kat luar.

so, please lah jangan ganggu hidup saya ! saya tahu apa saya buat "
saya hanya senyum. tak geleng. tak angguk. walhal dalam hati..
"Hoi ! neraka lagi panas,!!"

apa yang saya observe sekarang,xx suka sangat pakai seluar skinny.

"wahai Nabi,suruhlah isteri2mu dan anak2 perempuanmu dan perempuan2 yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) ALLAH adalah MAHA PENGAMPAUN lagi MAHA MENGASIHANI" [33;59]


ayat famous bagi wanita.

apa yang saya cuba nak sampaikan.
berfashion tak salah.
nak pakai jeans,boleh. syaratnya jangan ketat. nak pakai blouse boleh,biar longgar dan labuh sedikit. nak pakai tudung syria yang lilit-lilit tu pun tak apa. tapi ada syaratnya. labuhkan.. kalau rasa tudung agak pendek,pakai cardigan diluar. cardigan yang kita pakai tu pulak,tak perlulah ketat macam sarung nangka. see..senangkan? bukanya kena pakai baju kurung ala-ala perempuan melayu terakhir 24/7 atau jubah makcik arab sepanjang masa.

pakaian yang sesuai dengan badan dengan pakaian yang ketat..lain.
sebab itu ada pepatah 'ukur baju dibadan sendiri' memang benar maksud tersiratnya-buat apa yang kita mampu. tetapi ramai orang buat-buat tak nampak perkataan tersurat tu..

here we go..ukur baju dibadan sendiri.

jika ada yang bertanya "kau tak panas ke pakai macam tu?"
katakan: my dress code. inilah jalanku..

inilah jalanku. apa yang aku pilih. maka itu aku.
we're non-perfect but trying to be one. under GOD will.


nota  panjang ,
HAFIZAH ZAID
14:37
23012012

wassalam  =)

Ahad, 1 Januari 2012

Perpisahan adalah satu permulaan .

Assalamualaikum . lama rasanya dah tinggal blog ni sunyi sepi . agaknya dah penuh sawang-sawang kalau ia benar-benar hidup di alam nyata. hmm ..  tak hairan kalau blog ini langsung tak maju . =)
Kadangkala , hati tak tenang sebab kita tak sibukkan diri dengan sesuatu yang penting . Jadi, bila hati kosong , memang akan terasa kosong . Cinta Tuhan tak pernah sepi dari hidup kita, cuma kadang- kadang kita yang selalu lari dari Dia. 
Sedar atau tidak sebenarnya kita tak boleh seorang diri dalam menempuh setiap cabaran di dunia ini . Perlukan sekurang-kurangnya seorang teman untuk berkongsi . Tak kira lah sehebat mana pun masalah yg datang ,pasti boleh kita atasi , sebab ada sahabat di sebelah  yg tak henti-henti bg sokongan.  Bukan itu saja, dia jugalah yang sentiasa mengajak kita kepadaNya.
Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan sahabat yang benar- benar memahami ,bukan sahaja cantik akhlaknya , malah dia yang menimbulkan rasa untuk berubah dalam diri  .Ya saya tahu , dia bukanlah sempurna seperti malaikat Ilahi . sama juga seperti kita ini . cuma dia lebih banyak berusaha memperbaiki diri berbanding saya . Kesungguhannya mengajak sehingga saya turut terserap sekali .
Sahabat itu bukan sekadar bersama  saat gembira dan juga saat sedih . Tapi sepanjang masa . Hati-hati kita sentiasa bersatu di dalam lancaran doa-doa . 
Sahabat syurga itu , adalah yang kala kita jatuh ke neraka , dia akan merempuh bahang menghulurkan tangannya.
Sahabat syurga , semua menginginkannya . Tetapi terlupa untuk menjadinya . =) 





Selamat berjuang sahabat2ku dibumi kinanah . 
Semoga Allah memberkati kalian . InsyaAllah. =) 
Kenangan Bersama tak mungkin pernah padam .






Khamis, 27 Oktober 2011

the most important thing is Tarbiyyah


Indahnya tarbiah bagi yang ingin menyertainya dengan hati terbuka,
meresap ke dalam jiwa membuang segala karat berbahaya

Indahnya tarbiah andai diterima dan diguna
bukan diterima lalu melayang entah ke mana

ketahuilah, di saat anda disuap dengan pelbagai jenis ilmu
dan anda tidak mengendahkannya, lebih buruk andai anda mengutuknya

di luar sana lebih ramai manusia yang ketandusan ilmu,
meminta untuk diberikan walau sesuap cahaya
kerana bagi mereka sesuap itulah yang paling berharga , 
memberikan mereka setitis cahaya

Jangan sampai Tuhan murka, lalu ditarik nikmat IMAN dan ISLAM yang anda kecapi sekarang.

Isnin, 24 Oktober 2011

bukan malas.





"Semua orang di dunia ini bukan pemalas, tetapi cuma tidak termotivasi."

Sabtu, 8 Oktober 2011

Psst



I love Allah
just like I love my solah
and people say masya-Allah.
I just want to thank you Allah
for everything you’ve given me
I don’t want to be ungrateful
or sinful.

You see people are asleep,
and don’t even wake up to the beep of fajr
to claim the ajr !
How can one be so ignorant to the prophet’s message?

Ohh.. I fell in love with all these words. Really!

“Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu. Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu.”
[Imam Nawawi]

Tanyakan pada hati, apa matlamatmu?


Berjaya ATAU cemerlang ? 
Orang yang cemerlang sudah tentu berjaya, namun orang yang berjaya belum tentu cemerlang. -Pok nik-

Binalah prinsipmu, mendasar kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Lalu, istiqamahlah. 


Bergeraklah sesuai matlamat.


Lakukan segala sesuatu bermatlamatkan Allah.


Carilah waktu-waktu untuk bersendiri dengan Allah. Carilah kelapangan untuk membuang sementara urusan duniamu.


Jadilah seseorang yang kau mahu jadi. Binalah impianmu, dengan apa yang kau ada. 


Perhebatkan azammu.


Belajarlah untuk terus belajar. Buka hati, buka diri.


Diri, Syurga itu mahal. Maka, tinggilah pengorbanan yang harus kau bayar. 
Allah melihat, dan memilih siapa yang Dia kehendaki. 


Kikislah cinta-cinta yang mendahului cinta Allah. 


Dosa-dosa harian yang menjauhkan hidayah.


Kesabaran akan menemukan hikmah.


Bersedialah! Kerana keikhlasanmu akan sentiasa diuji dan teruji.

"Ya Allah, lepaskanlah aku dari segala sesuatu yang tidak benar. Berikanlah aku hidayah. Terangilah akalku, cerahkanlah hatiku, dan lorongkanlah langkah-langkahku. Sesungguhnya aku buta, aku jahil, dan aku keliru."

Amin.

Selasa, 20 September 2011

الوقت هو الحياة


Masa itu kehidupan, tidak boleh hidup kembali setelah mati atau dengan maksud lain, tidak akan kembali semula selepas melaluinya.

Manusia yang menggunakan waktunya dengan semaksima mungkin akan merasa lega apabila ianya telah berlalu. Tetapi manusia yang sentiasa menunggu arahan ataupun yang rajin memberikan alasan akan mengeluh
"alah cepatnya masa ni!"

Kepantasan sesuatu masa juga bergantung pada individu. Dia yang menentukan bahawa dia ingin menjadi siput yang telah memenangi perlawanan lumba lari dengan arnab ataupun kancil yang bijak memikirkan strategi bagaimana mahu menyeberangi sungai dalam masa yang singkat?


Jadilah manusia yang merancang dalam hidup.