Sabtu, 8 Oktober 2011

Tanyakan pada hati, apa matlamatmu?


Berjaya ATAU cemerlang ? 
Orang yang cemerlang sudah tentu berjaya, namun orang yang berjaya belum tentu cemerlang. -Pok nik-

Binalah prinsipmu, mendasar kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Lalu, istiqamahlah. 


Bergeraklah sesuai matlamat.


Lakukan segala sesuatu bermatlamatkan Allah.


Carilah waktu-waktu untuk bersendiri dengan Allah. Carilah kelapangan untuk membuang sementara urusan duniamu.


Jadilah seseorang yang kau mahu jadi. Binalah impianmu, dengan apa yang kau ada. 


Perhebatkan azammu.


Belajarlah untuk terus belajar. Buka hati, buka diri.


Diri, Syurga itu mahal. Maka, tinggilah pengorbanan yang harus kau bayar. 
Allah melihat, dan memilih siapa yang Dia kehendaki. 


Kikislah cinta-cinta yang mendahului cinta Allah. 


Dosa-dosa harian yang menjauhkan hidayah.


Kesabaran akan menemukan hikmah.


Bersedialah! Kerana keikhlasanmu akan sentiasa diuji dan teruji.

"Ya Allah, lepaskanlah aku dari segala sesuatu yang tidak benar. Berikanlah aku hidayah. Terangilah akalku, cerahkanlah hatiku, dan lorongkanlah langkah-langkahku. Sesungguhnya aku buta, aku jahil, dan aku keliru."

Amin.

Tiada ulasan: