Sabtu, 8 Oktober 2011

Tanyakan pada hati, apa matlamatmu?


Berjaya ATAU cemerlang ? 
Orang yang cemerlang sudah tentu berjaya, namun orang yang berjaya belum tentu cemerlang. -Pok nik-

Binalah prinsipmu, mendasar kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Lalu, istiqamahlah. 


Bergeraklah sesuai matlamat.


Lakukan segala sesuatu bermatlamatkan Allah.


Carilah waktu-waktu untuk bersendiri dengan Allah. Carilah kelapangan untuk membuang sementara urusan duniamu.


Jadilah seseorang yang kau mahu jadi. Binalah impianmu, dengan apa yang kau ada. 


Perhebatkan azammu.


Belajarlah untuk terus belajar. Buka hati, buka diri.


Diri, Syurga itu mahal. Maka, tinggilah pengorbanan yang harus kau bayar. 
Allah melihat, dan memilih siapa yang Dia kehendaki. 


Kikislah cinta-cinta yang mendahului cinta Allah. 


Dosa-dosa harian yang menjauhkan hidayah.


Kesabaran akan menemukan hikmah.


Bersedialah! Kerana keikhlasanmu akan sentiasa diuji dan teruji.

"Ya Allah, lepaskanlah aku dari segala sesuatu yang tidak benar. Berikanlah aku hidayah. Terangilah akalku, cerahkanlah hatiku, dan lorongkanlah langkah-langkahku. Sesungguhnya aku buta, aku jahil, dan aku keliru."

Amin.

Selasa, 20 September 2011

الوقت هو الحياة


Masa itu kehidupan, tidak boleh hidup kembali setelah mati atau dengan maksud lain, tidak akan kembali semula selepas melaluinya.

Manusia yang menggunakan waktunya dengan semaksima mungkin akan merasa lega apabila ianya telah berlalu. Tetapi manusia yang sentiasa menunggu arahan ataupun yang rajin memberikan alasan akan mengeluh
"alah cepatnya masa ni!"

Kepantasan sesuatu masa juga bergantung pada individu. Dia yang menentukan bahawa dia ingin menjadi siput yang telah memenangi perlawanan lumba lari dengan arnab ataupun kancil yang bijak memikirkan strategi bagaimana mahu menyeberangi sungai dalam masa yang singkat?


Jadilah manusia yang merancang dalam hidup.


kinda



You shouldn’t have to sacrifice who you are just because somebody else has a problem with it.

Ahad, 28 Ogos 2011

teruja ke ?



Salam alaik,
Raya ? korang ade feel apa-apa tak ? Tahun ini, tak rasa teruja pun  nak raya. 
Bukan disebabkan trial SPM.
Sekali lagi,
Bukan disebabkan trial SPM.
Tapi yang pasti aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam itu.
 Bye.

Selasa, 23 Ogos 2011

meminta


Ya Allah

Peganglah hati ini seeratnya
Jangan lepaskannya pada hawa dan dunia.
Sesekali jangan,
Melepaskannya pada hawa dan dunia.

Sabtu, 20 Ogos 2011

jom pecut


Bismillah.

"Intipati TAQWA ialah "mengekalkan tahap sedar" dan "kawal diri" agar ruang antara kejadian dan tindakan cukup luas untuk membuat pilihan yang betul dalam kehidupan.." 

"Kecacatan TAQWA tidak hanya menjejaskan spiritual (yang kononnya boleh disorok), tetapi turut mencacatkan fizikal, intelektual, dan emosional.."  

"Harga menjadikan Aidilfitri sebuah pesta ialah ter-KORBAN-nya 10 malam terakhir Ramadhan. Pilihlah keutamaan berpandukan iman, bukan keinginan."

[Ustaz Hasrizal Abd. Jamil]

Selasa, 9 Ogos 2011

Bagaimana dengan kita?


Salam alaik, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis.Tak banyak yang nak dikongsikan,namun harap ia dapat dijadikan manfaat dlm kehidupan seharian insyaAllah.

Rabiatul Adawiyah pernah menyebutkan; Istighfar 'ala istighfar. Iaitu satu Istighfar disebutkannya memerlukan istighfar lagi untuk istighfar itu.Kerana mungkin saja istighfar yang pertama itu lari niatnya. Sengaja nak ditunjuk-tunjuk supaya disebutkan kita ni seorang yang selalu beristighfar. Lalu ia tak diterima Allah. Itu tahapan Rabiatul Adawiyah yang bersih hatinya. Beliau diiktiraf sebagai ahli sufi yang sangat tawadhu' kepada Allah.

Umar R.a yang telah dijamin syurga buatnya, pun merasakan dirinya masih tak suci. Dirasakan dirinya hina dihadapan Allah. Menangis hampir sepanjang malam mengenang dosa-dosa.


Tak perlu sebut mereka, Rasulullah yang ma'sum dan dah dijanjikan syurga tertinggi disamping ar-Rafiqul a'la pun berdirinya solat sehingga bengkak-bengkak kaki. Rukuk dan sujudnya lama, bukan 10 saat seperti kita.

Dan......Cuba tanya diri kita ?

Ibadah kita bagaimana ?

"Eh,,aku hari2 istighfar,buat ibadah,bangun malam, tapi ntah lah? tak menitiskan insaf pun dalam hati..nape ek?"

Hmm..kalau nak tahu, check balik diri sendiri, ikhlas dok buat tu semua? nak cakap pasal Ikhlas ni mmg payah, diibaratkan seperti semut hitam, yang ada diatas batu hitam, ditengah2 malam .".hah ambik", camne nak tilik tu ? memang susah kan nak nampak...dan tak keterlaluan kalau saya cakap kutip sampah dengan ikhlas tepi jalan tu lebih baik dari baca Quran sebab nak lawan sapa paling "katang" dapat habiskan 30juz dlm masa 10 hari, =) baca mmg baca,tapi tajwid hancur,maksud tak tahu kemana,niat ntahlah untuk siapa?

Jadi,sebagai pengakhirannya, marilah sama-sama kita hidupkan ibadah tak kiralah samada dibulan ramadhan atau pun tidak, baiki IKHLAS kita hanya pada Allah, bukan pada yg lain .

"Bagi saya Ramadan penting dalam membina Istiqomah (berterusan) dalam amalan, biarpun sedikit. Dan belajar melindungi diri dari maksiat. Yang penting jangan menjadi hamba Ramadan, tetapi jadilah hamba Allah SWT yang dididik oleh Ramadan. =)"

~Salman al-farisi Muhammad~