Ahad, 13 Februari 2011

try and error


Hmmh.

Maha Suci Dia, yang menjadikan hati ini lembut. Tenggelam dalam tangisan dan muhasabah. Saya rasa macam terlalu memberikan hak kepada jasad dan akal. Tetapi, kurang sekali pada hati dan perasaan.

Ya. Selalu. Selalu juga dapat pengisian dan tazkirah.

Cumanya, selalu itu hanya dalam keadaan ramai-ramai. Dan, jarang sekali untuk berfikir lama-lama, muhasabah panjang-panjang, dan merenung lama-lama dalam keadaan yang betul-betul sunyi. Maksud saya, benar-benar sendirian. Tak dinafikan, bila bersendiri, kita menjadi diri sendiri. Perasaan itu mungkin dapat dihayati sedalam-dalamnya. Mudah sungguh air mata jatuh. Perasaan yang dari hati. Hati ke hati.

Mungkin saja apa yang berlaku semalam, ada hikmahnya. Saya dapat beri ruang pada diri sendiri sejenak setelah seminggu ini, hampir saja setiap malam ada hal. Malam sememangnya Allah bagi masa untuk rehat. Rehat yang sebegini. Rehat yang merenung hakikat diri. Rehat yang menyucikan hati dan jiwa.

Subhanallah.

+++++++

Banyak benda yang berlegar-legar di ruang kepala. Banyak hal yang saya pendam, dan tak terluah. Sakit dan pedih. Takut sekali membarah, sampai tak terbendung. Moga Allah kendurkan segala yang berselirat ini. Dan, jadikan ujian hati ini, terkandung hikmah yang saya tak pernah sangkakan.

Melayani diri seperti "malaikat", menyebabkan kita jadi penat. Sedangkan, kita hanyalah "manusia biasa" yang sedang berusaha jadi baik dan lebih baik. Pada masa yang sama, belajar memperbetul kesilapan. Proses-proses "berusaha" itu, tentunya banyak kesilapan yang dibuat. Kesilapan itulah mungkin mengakibatkan banyak hati yang terluka. Perasaan yang tergores. Dan macam-macam lagi.

Saya belajar. Sesungguhnya belajar.
Saya sesungguhnya MANUSIA BIASA.

Apakah boleh kalau saya minta difahami walau sedikit?
Ataukah saya saja yang tidak berusaha memahami?

Saya benar-benar tak tahu.

Ketahuilah, dalam hati ini tak pernah ada cinta yang malap. Selalu terang dan berusaha untuk menerangi. Biarlah tenggelam dalam kesibukan apapun, demi Allah, sama sekali cinta ini tak padam. Menjadi ingatan saban hari, tanpa pernah putus. Sungguh.

Kalau kudrat dan tenaga ini mampu, saya mahu sekali selalu mendengar. Mahu bertukar-tukar cerita. Mahu memberi seadanya. Mahu mencintai, mengasihi. Melayani cerita-cerita hati, tidak kisahlah luahan perasaan, masalah-masalah. Atau apa saja. Walau hanya tiga patah kata sekalipun,

"hafizah.. saya penat."
"hafizah.. saya sedih."
"hafizah.. saya kecewa."
"hafizah..saya takut."

Sayalah insan paling berbangga, dapat mendengar patah-patah kata itu.

+++++++

Maaf.

Mungkin saya terlepas pandang. Silap saya. Salah saya. Khilaf saya.
Tidak menjaga hak ukhwah sebaik-baiknya.

Tidak cuba memberi kala diminta.
Tidak berusaha mendengar ketika diperlukan.
Tidak pernah memahami saat diharapkan.

+++++++

Mohon Allah ajar lagi, dan berikan didikan, untuk saya lebih tahu dan faham.
Reti, dan peka.

CINTA itu bagaimana dan seperti apa.

Saya nak sangat-sangat menyayangi seikhlasnya. Tak ada keuntungan apa-apa. Tak ada sebab apa-apa. Tak kisahlah siapa pun dia. Rupa dia, akhlak dia, perangai dia. Biarlah saya dilayani seperti apa pun. Sebab saya perlu tahu, cinta itu fitrah. Kasih sayang itu fitrah.

Dan..datangnya cinta itu dari rahmat dan cinta Allah kepada manusia.
Dan..mereka semuanya MANUSIA!

Maafkanlah manusia biasa ini.
:'(












try and error.
saya cuba sehabis baik ye!
sayang semuanya, kerana Allah.
:)

Tiada ulasan: