Sabtu, 28 Ogos 2010

Mengharap sinar di hati...

HATI
keraskan dindingmu dari memahat nama-nama manusia...
Yang belum tentu memegang kuncinya,
Teguhlah dirimu menjauh...
Saat insan ajnabi mendekati,
Kukuhkah prinsip diri..
Dengan pujuk rayu...tebalkanlah dengan haya'
Kerana ia penyelamat dari godaan nafsu,
Godaan kearah neraka Al-jahim..
Tapi...lembutkanlah dirimu,kepada yang memiliki...
Kerna ILAHI.....selembut-lembutnya....Sebaik-baiknya...
Terpelihara dari noda dan dosa yang terbias dari niat yang menyimpang...
Agar kau bisa...
Menghias ia indah dengan kalimah-kalimah Allah S.W.T

~CINTA HAKIKI CINTA ILAHI~

Selasa, 3 Ogos 2010

Hilanglah manisnya Dunia






Indahnya dunia ini kan? Manusia telah terlupa bahawa di dunia ini,
segala perhiasannya adalah ujian Allah..

Segala isinya sebagai umpan iman2 manusia…sama ada kekal
teguh dengan janji setia pd Tuhannya atau memilih penyakit
al-wahn menggantikan janji ini.
Janji apa?

Sesungguhnya solatku..ibadahku..hidupku dan matiku,
kerna Allah SWT.


Hanya untuk Allah semata..
Benarkah ditepati dan dipenuhi janji yang satu ini?

Dunia..oh dunia..
Engkau telah pun berjaya menawan hati saudara –saudara seISLAMku..

*******


Aduhai dunia..
Kini ku hilang teman kerna mereka amat tertarik padamu..
Kini ku hilang cinta seorang teman yang saban hari
mendamba cintamu..
Kini manusia hilang kewarasan kerna merebut isimu
yang tidak tertahan godaannya..
Kini manusia menolak mentah akhlaq mulia dengan
perasaan pentingkan diri sendiri..
Semuanya kernamu..dunia.

*******


Aduhai dunia..
Manisnya dirimu..
Tarikanmu telah menyesatkan banyak hati..
Hampir saja aku tersungkur kerna keindahanmu..
Hampir saja hatiku leka dengan ganjaran yang kau tawarkan..
Tapi,kini..sedarlah temanku..
Dunia itu penipu..
Dunia telah berdusta dengan janjinya yang fana..
Sampai waktu yang telah pasti , kalian akan ditinggalkan..

*******


Bersediakah?
Ditinggalkan dunia dengan bekalan dan amalan yang dicari setiap hari..
Atau ditinggalkan dunia dengan banyaknya waktu yang dihabiskan sia-sia..?
Temanku..janganlah leka dengan dunia..

Dunia hanyalah permainan..seperti yang difirmanNYA dalam
Surah Ar-Rum ayat 64 ;

Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan.
Dan sesungguhnya negeri Akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka mengetahui.


Dan dunia ini tercipta sebagai medan ujian setiap hamba Allah Ta’ala.

*******


Diriku juga tidak lari dari tarikannya yang tidak terperi tiap hari..
Tapi, saat akal memancing daya ingatan untuk kembali
mengingat semula tujuan manusia berada di bumi ini..di dunia ini..
Serasa buruknya dunia yang ‘indah’ ini..

Nafsu syaitan telah Berjaya mengindahkan ia di mata
manusia agar jauh dari Sang Khaliq..
Alangkah malangnya saat kita berlari mengejar dunia
tiada henti, tersungkur pula dengan nyawa yang telah mati..

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka,
sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia),
berpaling (dari akhirat)
” ~ Al-Anbiya’, ayat 1




Ingatlah..!
Dunia pasti tertawa saat kau pergi meninggalkannya..
Dunia yang disangka setia akan terus mempermainkan
manusia yang masih bernyawa..
Dunia yang disangka manisnya berpanjangan pasti akan
hilang manisnya pada yang telah tiada..
Dan..
Dunia pasti tidak dipertanggungjawabkan atas setiap pilihan dan langkah yang kau cipta semasa leka dan lalai berjalan di atasnya..
Maka?
Berhati-hatilah..saat melihat dunia. Nilailah ia dari mata mati, bukan mata nafsu yang tak pernah berhenti. Sedarlah…tidak selamanya kita disini. Disisi dunia ini. Kerna…pastinya kita kan kembali kepada ILAHI.

Khamis, 1 Julai 2010

Changed is needed for progress..

"If you don't change and try something new, chances are good that you'll just have more of what you already have.."


Khamis, 24 Jun 2010

Ketika matematik mula "bertasbih"



salam.
Untuk pengetahuan semua,saya merupakan mereka2 yg "ngam" dengan subjek MATEMATIK!
Maksud saya,"PECINTA MATEMATIK SEJATI"Bermulanya di Ting.1...saya mula jatuh cinta dengannya, merasakan bahawa ianya 'seronok'
dan 'mencabar'...sehinggalah apabila saya berada di Ting.3... percintaan kami membuak2 sehingga saya selalu mendapat gred A dalam exam... hehe..selalu ke?? selalu la jugak,dalam sekali dua....ngeh3....

Tetapi,baru2 ni,,,hubungan 'dingin' saya dengan subjek matematik menyebabkan result exam kali ini hampir punah!!! saya mengabaikan matematik kerana merasakan ianya terlampau senang dan x perlu untuk di ulangkaji ....Syukur pada Allah atas segala nikmatNya, berjaya juga diselamatkan result saya.

Alhamdulillah..hubungan saya dgn Matematik makin pulih sekarang ini,mungkin atas Rahmat dan HidayahNya, baru2 ni saya berjaya mendapat kekuatan untuk 'berbaik' dengan 'matematik' ni. Ukhwah kami makin mantap. Makin mantap bila saya dh jumpa jalan untuk 'rapat' selalu dgn matematik....

Semester hadapan, saya akan berhadapan dengan Math sekali lg. Moga2 dgn ukhwah yg makin mantap dgn math ni, gred 'E" saya makin meningkat,insyaallah. Doa2kan saya sahabat2 semua...



lastly, credit to this website for helping me solve problem with math.


PENGAJARAN!!!
Jangan merasakan bhw diri anda sentiasa bagus...
~Sentiasa berusaha~

Selasa, 22 Jun 2010

Tundukkan hati ke dunia realiti...

Wasiat Hasan Al-Banna

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.



Kita harus terus dan terus melangkah, kerana tidak ada kata "berhenti" dalam berjihad.

Allah swt. berfirman,
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh
akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami."
(Al-Ankabut: 69)

Hanya Allah zat yang Maha Agung, bagi-Nya segala puji.

Sabtu, 12 Jun 2010

Muhasabah itu perlu



"Aku menasihati diriku yang aku adalah seperti sepacal binatang..yang sangat hina dan aku katakan pada hatiku..islam tidak memerlukan aku..tetapi aku yang memerlukan islam dalam hidupku...kemudian aku berkata pula pada rohku..ketahuilah roh yang hina..sebenarnya kita tidak akan bahagia di dunia ini jika tiada kasih sayang dariNYA...bersyukur dan bersabarlah..ALLAH sentiasa dengan kita wahai rohku..Wahai roh yang hina..kita punya matlamat.. kita mesti teruskan perjuangan ini walaupun ku tahu begitu sakitnya menangung segalanya..tapi matlamat kita adalah Redhanya..manalah tahu kita adalah pencinta yang MAHA SATU.."

Jumaat, 23 April 2010

one last cry, before i leave it all behind. never regret and never should

i can smile in fake now.
perhaps tomorrow i will have a BIGGEST SMILE than yours

i'm not crying now but may be soon. i don't like the way i feel right now. still a hopeless and loser. i'm afraid if i loose again just like before. i want to be on top, like others. i don't want disappointed both of my parents anymore. please GOD. i don't want to be another biggest loser.



ma abah, please pray for my education so that i can bear all this weakness, all the stress and all the bad things. i want to make both of you proud.





T_________T