Assalamualaikum . lama rasanya dah tinggal blog ni sunyi sepi . agaknya dah penuh sawang-sawang kalau ia benar-benar hidup di alam nyata. hmm .. tak hairan kalau blog ini langsung tak maju . =)
Kadangkala , hati tak tenang sebab kita tak sibukkan diri dengan sesuatu yang penting . Jadi, bila hati kosong , memang akan terasa kosong . Cinta Tuhan tak pernah sepi dari hidup kita, cuma kadang- kadang kita yang selalu lari dari Dia.
Sedar atau tidak sebenarnya kita tak boleh seorang diri dalam menempuh setiap cabaran di dunia ini . Perlukan sekurang-kurangnya seorang teman untuk berkongsi . Tak kira lah sehebat mana pun masalah yg datang ,pasti boleh kita atasi , sebab ada sahabat di sebelah yg tak henti-henti bg sokongan. Bukan itu saja, dia jugalah yang sentiasa mengajak kita kepadaNya.
Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan sahabat yang benar- benar memahami ,bukan sahaja cantik akhlaknya , malah dia yang menimbulkan rasa untuk berubah dalam diri .Ya saya tahu , dia bukanlah sempurna seperti malaikat Ilahi . sama juga seperti kita ini . cuma dia lebih banyak berusaha memperbaiki diri berbanding saya . Kesungguhannya mengajak sehingga saya turut terserap sekali .
Sahabat itu bukan sekadar bersama saat gembira dan juga saat sedih . Tapi sepanjang masa . Hati-hati kita sentiasa bersatu di dalam lancaran doa-doa .
Sahabat syurga itu , adalah yang kala kita jatuh ke neraka , dia akan merempuh bahang menghulurkan tangannya.
Sahabat syurga , semua menginginkannya . Tetapi terlupa untuk menjadinya . =)
Selamat berjuang sahabat2ku dibumi kinanah .
Semoga Allah memberkati kalian . InsyaAllah. =)
Kenangan Bersama tak mungkin pernah padam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan