Indahnya tarbiah bagi yang ingin menyertainya dengan hati terbuka,
meresap ke dalam jiwa membuang segala karat berbahaya
Indahnya tarbiah andai diterima dan diguna
bukan diterima lalu melayang entah ke mana
ketahuilah, di saat anda disuap dengan pelbagai jenis ilmu
dan anda tidak mengendahkannya, lebih buruk andai anda mengutuknya
di luar sana lebih ramai manusia yang ketandusan ilmu,
meminta untuk diberikan walau sesuap cahaya
kerana bagi mereka sesuap itulah yang paling berharga ,
memberikan mereka setitis cahaya
Jangan sampai Tuhan murka, lalu ditarik nikmat IMAN dan ISLAM yang anda kecapi sekarang.