Khamis, 27 Oktober 2011
the most important thing is Tarbiyyah
Isnin, 24 Oktober 2011
Sabtu, 8 Oktober 2011
Psst
I love Allah
just like I love my solah
and people say masya-Allah.
I just want to thank you Allah
for everything you’ve given me
I don’t want to be ungrateful
or sinful.
You see people are asleep,
and don’t even wake up to the beep of fajr
to claim the ajr !
How can one be so ignorant to the prophet’s message?
Ohh.. I fell in love with all these words. Really!
“Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu. Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu.”
[Imam Nawawi]
Tanyakan pada hati, apa matlamatmu?
Binalah prinsipmu, mendasar kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Lalu, istiqamahlah.
Bergeraklah sesuai matlamat.
Lakukan segala sesuatu bermatlamatkan Allah.
Carilah waktu-waktu untuk bersendiri dengan Allah. Carilah kelapangan untuk membuang sementara urusan duniamu.
Jadilah seseorang yang kau mahu jadi. Binalah impianmu, dengan apa yang kau ada.
Perhebatkan azammu.
Belajarlah untuk terus belajar. Buka hati, buka diri.
Diri, Syurga itu mahal. Maka, tinggilah pengorbanan yang harus kau bayar.
Allah melihat, dan memilih siapa yang Dia kehendaki.
Kikislah cinta-cinta yang mendahului cinta Allah.
Dosa-dosa harian yang menjauhkan hidayah.
Kesabaran akan menemukan hikmah.
Selasa, 20 September 2011
الوقت هو الحياة
Ahad, 28 Ogos 2011
teruja ke ?
Selasa, 23 Ogos 2011
meminta
Sabtu, 20 Ogos 2011
jom pecut
Selasa, 9 Ogos 2011
Bagaimana dengan kita?
Salam alaik, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis.Tak banyak yang nak dikongsikan,namun harap ia dapat dijadikan manfaat dlm kehidupan seharian insyaAllah.
Rabiatul Adawiyah pernah menyebutkan; Istighfar 'ala istighfar. Iaitu satu Istighfar disebutkannya memerlukan istighfar lagi untuk istighfar itu.Kerana mungkin saja istighfar yang pertama itu lari niatnya. Sengaja nak ditunjuk-tunjuk supaya disebutkan kita ni seorang yang selalu beristighfar. Lalu ia tak diterima Allah. Itu tahapan Rabiatul Adawiyah yang bersih hatinya. Beliau diiktiraf sebagai ahli sufi yang sangat tawadhu' kepada Allah.
Umar R.a yang telah dijamin syurga buatnya, pun merasakan dirinya masih tak suci. Dirasakan dirinya hina dihadapan Allah. Menangis hampir sepanjang malam mengenang dosa-dosa.
Tak perlu sebut mereka, Rasulullah yang ma'sum dan dah dijanjikan syurga tertinggi disamping ar-Rafiqul a'la pun berdirinya solat sehingga bengkak-bengkak kaki. Rukuk dan sujudnya lama, bukan 10 saat seperti kita.
Dan......Cuba tanya diri kita ?
Ibadah kita bagaimana ?
"Eh,,aku hari2 istighfar,buat ibadah,bangun malam, tapi ntah lah? tak menitiskan insaf pun dalam hati..nape ek?"
Hmm..kalau nak tahu, check balik diri sendiri, ikhlas dok buat tu semua? nak cakap pasal Ikhlas ni mmg payah, diibaratkan seperti semut hitam, yang ada diatas batu hitam, ditengah2 malam .".hah ambik", camne nak tilik tu ? memang susah kan nak nampak...dan tak keterlaluan kalau saya cakap kutip sampah dengan ikhlas tepi jalan tu lebih baik dari baca Quran sebab nak lawan sapa paling "katang" dapat habiskan 30juz dlm masa 10 hari, =) baca mmg baca,tapi tajwid hancur,maksud tak tahu kemana,niat ntahlah untuk siapa?
Jadi,sebagai pengakhirannya, marilah sama-sama kita hidupkan ibadah tak kiralah samada dibulan ramadhan atau pun tidak, baiki IKHLAS kita hanya pada Allah, bukan pada yg lain .
"Bagi saya Ramadan penting dalam membina Istiqomah (berterusan) dalam amalan, biarpun sedikit. Dan belajar melindungi diri dari maksiat. Yang penting jangan menjadi hamba Ramadan, tetapi jadilah hamba Allah SWT yang dididik oleh Ramadan. =)"
~Salman al-farisi Muhammad~
Sabtu, 30 Julai 2011
you learn what i learn now
its hard
Consider how hard it is to change yourself and you’ll understand what little chance you have in trying to change others.
Ada saat,
one heart
Anyone can make you smile or cry,but it takes someone special to put a smile on your face when you already have tears in your eyes
Khamis, 28 Julai 2011
Sabtu, 23 Julai 2011
Tertarik
Isnin, 18 Julai 2011
Nyahaktif !
Sabtu, 16 Julai 2011
Rabu, 13 Julai 2011
“As-Solah Qobla Al-Islah”
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Islam yang ingin kita hayati ini tidak boleh dipisahkan dengan jemaah. Kerana jemaah adalah sunah Rasulullah SAW. Daripada jemaah yang dibentuk oleh Nabi SAW inilah yang telah melahirkan Daulah Islamiah Madinah.
Oleh itu apabila kita berusaha untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT di dalam Daulah Islamiah (negara Islam) maka perlu dimulakan dengan jemaah. Tidak mungkin Islam yang lengkap dan sempurna hanya dilakukan oleh individu-individu saja tanpa wujud satu barisan kepimpinan jemaah yang lengkap dan sempurna.
Untuk tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya keperluan kepada jemaah Islam pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menjemput seorang ulama muktabar dunia yang terkenal Sheikh Jum'ah Amin Abd Aziz Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin memberi wacana tarbawi bertajuk "Tarbiah Ikhwan Muslimin dan Peranannya Dalam Membangunkan Masyarakat" diadakan diDewan Jubli Perak Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bermula jam 8.00 malam hingga 11.30 malam 11.07.2011.
Permulaannya, Syeikh Jum’ah menekankan bahawa Islam tidak akan tertegak dengan usaha individu, bahkan Islam tertegak dengan usaha secara kolektif iaitu dengan jamaah. Tanpa usaha secara kolektif, tidak akan akan tertegak syariat Islam secara menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Tambahnya, Islam bukanlah milik individu atau jamaah, tetapi Islam adalah milik setiap Muslim yang wajib diperjuangkan dan dibela oleh mereka.
Katanya, apa yang diperjuangkan oleh Ikhwan Muslimin mempunyai manhaj perubahannya yang tersendiri berasaskan aqidah, syariat dan akhlak antaranya memperjuangkan hubungan kasih sayang dan ukhuwwah sesama ahli supaya kasih sayang itu tersebar kepada masyarakat dan seluruh alam.
Seterusnya, Ikhwan Muslimin berjuang melahirkan umat yang berkorban dalam menegakkan Islam. Menurutnya dalam perjuangan Islam, sudah pasti ada halangan dan cabarannya daripada musuh Islam, yang memerlukan insan yang ditarbiah dan mampu menghadapi dan mengatasi halangan daripada golongan tersebut.
Beliau menyorot kembali bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hassan Al-Banna di Mesir. Katanya, keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu amat menyedihkan ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.
Tambahan pula, kata beliau, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hassan Al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin lantaran untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.
Menurutnya, antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu mengubah diri sebelum mengubah masyarakat. Mereka yang mampu mengubah dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu mengubah masyarakat di sekelilingnya.
Untuk mengubah ummah katanya, perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah swt dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah swt.
“Jadilah kamu hamba (Allah swt) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesannya.
Beliau mengambil contoh program perubahan diri yang dilakukan oleh Ikhwan iaituKatibah, iaitu malam kerohanian melalui mendengar tazkirah (peringatan) pada malamnya, pada paginya qiyamullail dengan solat tahajjud, berzikir dan membaca Al-Quran dengan penekanan tarbiah individu sebagai elemen perubahan.
Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah swt dengan membaca Al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsursupaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah swt. Syeikh Jum’ah mengambil kata hikmah Saiyidina Abu Bakr r.a. kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.”
Beliau menyeru hadirin supaya rapatkan diri kepada Allah dengan solat apabila ada masalah. Beliau juga menasihatkan supaya sebelum merancang dan berbincang apa-apa program dakwah, hendaklah berwuduk dan melakukan solat hajat supaya pendakwah itu ingat bahawa Allah sentiasa bersama mereka. Setiap masalah dan ujian dalam dakwah akan mudah dihadapi dengan mendirikan solat.
Beliau turut menggariskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.
Syeikh Jum’ah turut berpesan supaya jangan kedekut masa dengan Allah swt dalam perjuangan Islam, jika kedekut, nescaya Allah akan ganti dengan kaum lain yang akan memperjuangkannya. Antara tanda Allah swt mencintai kita ialah Allah swt sentiasa memberi taufik kepada kita untuk taat kepada-Nya.
Beliau juga mengingatkan usaha para orientalis yang cuba memesongkan makna sebenar ayat-ayat Al-Quran daripada hati umat Islam supaya lahir individu Muslim yang cacat kefahamannya terhadap Islam yang sebenar. Menurutnya, orientalis cuba memomokkan bahawa isi kandungan Al-Quran adalah isi lama, tiada yang baru.
Beliau menambah, dalam membangunkan masyarakat, pentingnya pendakwah menunjukkan akhlak yang mulia yang merupakan kurniaan daripada Allah swt. Allah kurniakan akhlak seperti rezeki, berbeza antara satu sama lain. Dengan akhlak yang mulia, pendakwah itu akan dicintai oleh Allah SWT.
“Allah SWT memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah SWT tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya,” akhir pesanan beliau.
Sahabat yang dimuliakan,
Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Seorang yang keluar untuk mengunjungi saudaranya dikampung yang lain dan Allah mengutus seorang malaikat untuk menunggunya di perjalanan. (Apabila orang itu sampai ketempat dimana malaikat berada) Malaikat bertanya :
'Kemana engkau hendak pergi? 'Dia menjawab : 'Aku pergi kepada saudaraku dikampung ini'.
Malaikat bertanya :' Adakah dia meminjamkan kamu sesuatu yang mana kamu hendak mengambilnya kembali?'
Orang itu menjawab :' Tidak. Kedatanganku semata-mata kerana aku mencintainya kerana Allah'.
Malaikat berkata :' Aku adalah pesuruh Allah yang dihantar kepada engkau untuk memberitahu kepadamu bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintainya semata-mata kerana Allah."
(Hadis Riwayat Muslim).
Salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT di Padang Mahsyar nanti adalah dua saudara yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT.
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
”Terdapat tujuh golongan yang akan mendapat lindungan 'arashNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan ". (Surah an-Nahl ayat 97)
Kesimpulan yang dapat kita ambil pengajaran daripada wancana tarbawi yang disampaikan oleh Sheikh Jum'ah Amin adalah seperti berikut :
1. Dakwah dan manhaj Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Imam As-Syahid Hasan al-Banna adalah berdasarkan sirah dan sunah Rasulullah SAW. iaitu bermula dengan asas iman dan akidah kepada Allah SWT.
2. Islam dan hukum-hukumnya tidak akan mampu dihayati sepenuhnya di dalam masyarakat apabila tidak dimulakan dengan pembentukan jemaah. Setakat Islam dalam bentuk individu tidak akan mampu untuk melaksanakan syariat Islam sepenuhnya. Hidup bersama-sama jemaah adalah satu kefarduan.
3. Iman dan ukuwah Islamiah tidak dapat dipisahkan, tidak ada iman tanpa ukhwah dan tidak ada ukhwah tanpa iman. Jemaah Ikhwan Muslimin amat menekankan asas iman dan pembentukan ukhwah (persaudaraan Islam).
4. Kerja-kerja dakwah dan mengajak manusia kepada Islam adalah kewajipan setiap muslim dan tugas ini tidak boleh ditinggalkan kerana tugas ini adalah amanah daripada Allah SWT dan sunah Nabi-Nya.
Akhirkata marilah sama-sama kita menghayati kata-kata Imam As Syahid Hasan al-Banna : "Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda, aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."